“Phone Bagi Tekanan” – 10 Tahun Tak Ada Telefon Bimbit & Media Sosial, Pierre Andre Rasa Bebas Seperti Dunia Baharu

Pelakon dan pengarah, Pierre Andre mendedahkan dia sudah lebih 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit.

Jelas Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre berkata segala urusan termasuk kerjaya hanya berhubung menerusi isteri tercinta, Siti Nur Hidayah Hashim.

Malah, Pierre juga memaklumkan dia tidak mempunyai akaun media sosial.

“Dah lebih 10 tahun saya tak ada media sosial, tak ada telefon. Kalau nak berurusan dengan saya kena melalui isteri.

“Pernah satu masa tu saya guna telefon awam. Kalau ada telefon pun kegunaanya hanya untuk merakam content video di YouTube,’ katanya.

Mengulas lebih lanjut, Pieere berkata dia lebih bebas dan tenang tanpa menggunakan telefon bimbit yang hanya memberikan dirinya tekanan.

“Saya rasa sangat bebas, berbeza masa saya aktif dulu. Phone bagi saya tekanan. Kehidupan tanpa telefon rasa seperti dunia baharu.

“Kebanyakannya saya menonton YouTube, ambil tahu perkembangan semasa. Gosip selebriti semua saya tak tahu,” katanya.

Pierre berkata demikian ketika ditemui di majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 di Metrowealth, pada Isnin.

Sebelum ini, Pierre pernah menjadi sebutan ramai di media sosial apabila dia menyepi daripada industri seni hiburan sebagai pelakon dan pengarah sejak sedekad lalu.

Namun begitu, aktor filem I’m Not Single ini kembali beraksi di kaca layar perak sebagai pengarah menerui filem seram berjudul Jangan Pandang Belakang 2 ‘Aku Tahu Asal Usulmu’.

Antara pelakon filem ini ialah Emma Maembong, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Cat Farish dan Iedil Dzuhrie Alaudin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Seperti Gelas Kosong” – Kini Lebih Bahagia, Mawar Rashid Buka Lembaran Baharu Selepas Bercerai

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Terkait Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Malas Layan Gosip Liar Tak Berasas  – ‘Saya Dengan Fitnah Macam Bestfriend”

Artikel Berkaitan: Akibat Langgar Kontrak, Hun Haqeem Diperintah Bayar Ganti Rugi Berjumlah RM613,960 Kepada MIG… Dilabel ‘Lupa Diri’ – “Dia Bagai Kacang Lupakan Kulit”

Kredit foto: Kosmo

Aqilah Paharuzi