Pilih Maldives Atau Eropah Sebagai Lokasi Honeymoon, Sweet Qismina & Adam Lee Tangguh Bulan Madu Gara-Gara….

Selepas empat tahun menjalin cinta, pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee menzahirkan rasa bersyukur majlis ijab dan qabul yang diadakan secara tertutup di Boathouse, Ampang berjalan lancar, hari ini.

Menurut Adam, dia memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama Sweet hari ini kerana ingin menyambung tanggungjawab yang digalas oleh ibu mertuanya, Misnah Atan yang telah melahirkan isterinya, pada tarikh ini.

Seperti pasangan pengantin baru yang lain, Sweet dan Adam juga mempunyai destinasi idaman untuk berbulan madu bersama.

Menurut Sweet, mereka sudah merancang untuk berbulan madu sama ada di Maldives atau negara Eropah, namun terpaksa menangguhnya dahulu kerana kekangan masa dari tuntutan kerja.

“Untuk perancangan bulan madu, sepatutnya selepas kami bernikah dan resepsi. Tapi disebabkan kekangan waktu bekerja, kami akan tangguhkan. Insya-Allah, kalau bukan hujung tahun, mungkin tahun depan.

“Destinasi untuk honeymoon actually kami plan nak pergi Maldives ataupun buat Europe trip tapi disebabkan kekangan tu, kami tak ada masalah pun nak postpone sebab dah boleh bercuti bersama bila-bila masa,” kata Sweet.

Mengenai soal perancangan memiliki cahaya mata pula, Adam menyatakan mereka tidak mempunyai sebarang perancangan, sebaliknya menyerahkannya kepada Sang Pencipta.

“Untuk perancangan anak saya tidak merancang tapi saya serahkan kepada Allah S.W.T. Kalau ada rezeki saya dikurniakan dengan seorang cahaya mata, maka itulah jawapannya. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, kita cuba lagi,” kata Adam.

Sweet dan Adam turut mengumumkan mereka bakal mengadakan majlis resepsi di Hotel JW Marriot, Sabtu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee & Sweet Qismina Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz! Pilih Mas Kahwin RM2,410.97 Kerana….

Fatin Nurain