Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew akhirnya disiasat  berhubung dakwaan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan telahpun dimulakan, namun enggan mendedahkan laporan tersebut dibuat atas kesalahan apa.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Melakukan Perbuatan Jijik Terhadap Mondy Tattoo, Ebit Lew Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Minta ‘Acah’ Solat Demi Content? Mondy Tattoo Timbulkan Dakwaan Mengenai Ebit Lew – “Dia Usap Tangan Saya Sebelum…”

Dalam pad aitu, polis juga turut mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan fitnah melampau yang dibuat Ebit sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan itu diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada jam 2.17 pagi.

Katanya, mangsa mendakwa dirinya difitnah oleh individu yang bernama ‘Mondy’ dalam video berdurasi 27 minit 56 saat yang dimuat naik di media sosial pada Jumaat lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“”Hasil siasatan mendapati, video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal itu dan kini mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen,” katanya.

Sementara itu, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes terutamanya berkaitan kejadian video yang tular di media sosial.

Bahkan, pihak polis juga akan mengambil tindakan tegas jika terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, Ebit atau nama penuhnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat selepas pempengaruh media sosial, Mondy Tattoo mendedahkan, dia telah menerima gangguan seksual ketika dibantu pendakwah tersebut.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin