Featured By: Aqilah Paharuzi March 18, 2022 @ 3:00pm

“President TikTok Tak Berkelip Mata” – Wawa Zainal Jadi Snow White Malaysia, Aeril Zafrel Terpegun!

Nama pelakon jelita Wawa Zainal sering menjadi perbualan wargamaya dek kerana kecantikkannya, lebih-lebih lagi apabila dia tersenyum.

Menerusi sebuah video di TikTok, Wawa memakai gaun kembang ala ‘Snow White’ dalam cerita dongeng dan ia telah meraih perhatian netizen.

@wawazainalstore Love nya kalini, berfantasi2 😍 #wawafantasydream #wawazainal #wawacosmetics ♬ original sound – wawazainal – wawazainalstore

Namun, perkara yang lebih menarik perhatian wargamaya adalah bukan kerana busana Wawa, namun mereka terhibur dengan reaksi suaminya, Aeril Zafrel yang seakan terpegun memandang Wawa.

Amboi Aeril, tak berkelip tengok bini ke? Hihi..

Perkongsian yang dimuat naik oleh Wawa Zainal Store itu telah mendapat lebih 500,000 tontonan, 40,000 tanda suka dan 561 komen wargamaya.

Ruangan komen video TikTok tersebut telah dibanjiri dengan komen-komen wargamaya yang mengusik pelakon hero Malaya itu dek kerana tidak melepaskan pandangan daripada Wawa yang sedang membuat aksi seperti Snow White.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan mereka yang memuji dan mengagumi Aeril kerana sentiasa memuliakan dan membahagiakan permaisuri hatinya.

Pasangan sejoli ini adalah antara pasangan selebriti yang sangat romantis dalam menjalin hubungan sebagai suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Ramadan Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Jo Jung Suk and Gummy are Getting Married this Year

Congratulations to the engaged couple.

Featured Mon, 18 May 2020

Nak tahu rahsia nasi bungkus London jadi buruan ramai?

Di London pun boleh makan nasi kandar, nasi daging sedap

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Vivy Yusof Kerja Keras Untuk dUCk ke-5!

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak gitu!

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Sertai Kool FM, Linda Onn Kembali Ke Udara!

Tulis Linda di laman Instagramnya, Kepada semua, terima kasih kerana mendengar dan teruskan sokongan buat Kool FM, kerana mereka kool!

Featured Wed, 18 Oct 2023

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Ditukar Kepada Pinjam Seratus, M. Nasir Tak Ada Masalah

Terbaiklah Datuk M.Nasir! Pinjam seratus sat🤞🤞🤞