Hiburan By: SGMS Fas July 24, 2019 @ 11:06am

PU Riz Dah Ada ‘Teman’ Baharu?

Pendakwah bebas, PU Riz Ismail teruja menjalankan perniagaan restoran sebagai sumber jaminan masa depan.

Menurutnya, restoran yang diberi nama Food Station itu terletak di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral) sudah beroperasi sejak 8 bulan lalu.

“Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.

“Dunia seni masih saya cintai dan berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik.

“Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk restoran ini dipromosikan dengan lebih meluas,” katanya dalam satu pertemuan santai secara ‘private’ bersama media.

Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail juga kini meneruskan pengajian dalam jurusan undang undang peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti.

“Dalam hal sambung belajar ini saya mahu penuhi permintaan ibu. Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.

“Ikutkan apabila sudah ada duit di tangan hasil menjadi penceramah dan bergelar anak seni, saya memang rasa berat hati nak sambung belajar lagi. Tapi saya kena realistik kerana hal menuntut ilmu ini takkan pernah rugi,” katanya yang pernah menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir pada 2012 selama setahun dan kembali ke Malaysia kerana pergolakan di negara berkenaan.

Melakukan banyak perkara dalam satu juga menuntut Riz membahagikan masa sebaik mungkin.

“Ikutkan ketika membulatkan hati nak sambung pengajian, tawaran berlakon itu memang datang dengan banyak. Memang menguji diri sungguh.

“Tapi saya kena pilih apa yang perlu diutamakan. Macam sekarang pun nak terima tawaran berlakon saya kena pilih yang tak makan masa panjang dan ganggu jadual kuliah.

“Pada masa sama, saya juga kena utamakan tanggungjawab untuk perniagaan restoran yang diuruskan,” katanya.

Semoga PU Riz sukses dengan “teman baharu” ini ok!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Feb 2018

PANAS! SAJAT DEDAH IDENTITI SEBENAR

Mohd Izwan telah mendakwa dihalang oleh pihak ketiga daripada pihak Sajat untuk meneruskan laporan tentang siasatan bagi mengesahkan identiti sebenar beliau

Hiburan Mon, 29 Jan 2024

Dompet Hantaran Nikah Tercicir, Imran Aqil Cuai Gara-Gara Tertidur Dalam Pawagam! Rupanya Ada Yang…..

Alamak…. dahlah dompet tu hadiah hantaran nikah! Lepas ni jangan lalai yerr..

Hiburan Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Thu, 15 Feb 2024
Hiburan Mon, 19 Mar 2018

T.O.P Being Investigated For Breaking Law As Public Service Worker

Big Bang’s T.O.P is currently under investigation again!

Featured Thu, 27 Apr 2023