Puas Hati Tengok Halijah Nak Ditetak Parang, Penangan Lakonan Fazlina Ahmad Daud Buat Ramai Geram

Lakonan aktres senior Fazlina Ahmad Daud menerusi drama rantaian TV3, Rindu Kasih Musim Kedua semakin mengundang rasa geram dalam kalangan penonton setianya.

Menerusi drama tersebut, Fazlina telah menjayakan watak Halijah yang merupakan seorang ibu dan ibu mertua yang bersifat antagonis.

Dalam episod terbaharu drama itu, Halijah sekali lagi diugut untuk ditetak dengan parang oleh menantunya, Rita lakonan (Mimi Ernida) gara-gara dendamnya terhadap keluarga itu selepas pemergian bapanya, Hasan.

Musim lalu, Halijah juga pernah diugut dengan parang oleh menantunya, Salinan lakonan Ummi Nazeera dek kerana berang dengan helahnya yang sering menjadi batu api dalam rumah tangganya

Hasil tinjauan XTRA, rata-rata penonton setia drama itu meluahkan rasa puas hati melihat babak tersebut di ruangan komen perkongsian Instagram Drama Sangat.

Selain Fazlina, drama arahan Pali Yahya itu turut dibintangi oleh Ummi Nazeera, Izzue Islam, Dzul Hadziq, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Meor Mohammad dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama Rindu Kasih 2 itu menerusi slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam

 

Fatin Nurain