Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2023 @ 5:55pm

“Puih! Aku Ajar Berlakon, Bukan Suruh Buat Betul-Betul “- Michael Ang Stress, Beri Amaran Pelakon Dilarang Bercinta Di Set

Pengarah dan penerbit, Michael Ang memberi amaran mana-mana artis yang mahu terlibat dan berlakon dalam drama arahannya diwajibkan untuk menandatangani kontrak perjanjian mengatakan mereka tidak boleh menjalin hubungan cinta.

Ia selepas Michael kerap menerima panggilan telefon dari pihak media yang bertanyakan tentang hal tersebut apatah lagi ada yang memberitahu ia cuma sekadar bentuk pemasaran.

Perkara itu dikongsi Michael menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Khamis.

“Okay mulai hari ini, siapa-siapa pelakon lelaki atau perempuan dalam set sayakena sign kontrak yang mereka takkan bercinta kat set. 

“Stress nak melayan reporter call lepastu, cakap nak buat marketing la apa la… Yang bercinta, berscandal tu mereka, bukan aku!

“Stress! Shut down je lah hari ini. Suruh berlakon bukan bercinta!,” tulisnya.

Sementara itu, dia juga memaklumkan bahawa bukan salah penerbit jika pelakon yang terlibat bercinta di set penggambaran, kerana  tugasnya hanyalah mengajar para pelakon untuk membawakan watak dengan baik.

“Salam semua, bukan salah saya kalau pelakon bercinta kat set. Saya hanya ajar berlakon bukan suruh buat betul-betul. Phui!,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut penerbit popular ini bersetuju dengan pendapat yang diberikan, malah ada juga diantara mereka yang sempat berseloroh dengan mengatakan, mereka tidak pernah terlibat dalam isu tersebut dan meminta untuk Michael memanggil mereka berlakon dibawah arahannya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Trending Wed, 3 Mar 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Bermula 2 Mac 2021, Status TIDAK BERJAYA Perlu Mohon Semula Pada…

Bayaran telah dibuat bermula semalam, ahli yang tidak layak masih boleh mencuba!

Hiburan Mon, 7 May 2018

Guna Anak Kaut Untung? Ini Jawab Che Ta!

Dakwaan timbul apabila Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menjadikan Aaisyah sebagai duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak.

Hiburan Mon, 12 Sep 2022

Mohon Maaf & Mahu Sertai Kelas PR, Pengurus Khairul Aming Letak Jawatan

Turunkan ego, kita cuma manusia biasa! Semoga ada hikmahnya

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Hiburan Tue, 25 Sep 2018

#ABPBH31: ESOK Hari Akhir Mengundi, Jom Undi Cepat!

Melihatkan jumlah undi yang cukup besar diterima setiap hari, kita memutuskan untuk tidak membuat sebarang pengumuman Top 5 bagi merancakkan proses undian.

Fab Foodies! Sun, 18 Nov 2018

Chime the Christmas Season in With This Special Buffet Spread

Embark on a journey of all things Sugar, Spice and all things Nice this Christmas at Hilton Petaling Jaya.

Trending Tue, 11 Jun 2019
Trending Thu, 21 Oct 2021

Tak Anggap Sebagai Trend, Aaron Aziz Positif Dengan Penghijrahan Ramai Rakan Pelakon Mendalami Agama

Sejak kebelakangan ini, ramai pelakon lelaki melakukan penghijrahan dengan mempelajari dan mendalami ilmu agama. Diminta mengulas mengenai perkara ini, pelakon popular, Datuk Aaron Aziz, 45, melihat penghijrahan ramai rakan aktor ke arah yang lebih baik

| Live TV