Hiburan By: Afiq Kandi August 7, 2022 @ 2:53pm

Pukau Penonton DFP, Aishah Bersyukur Konsert Berjalan Lancar Biar Berdepan Banyak Dugaan

Meskipun mengharungi pelbagai dugaan, penyanyi Datuk Aishah, 57, tetap berjaya memukau penonton dengan vokal  padunya  menerusi konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam tadi.

Diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), Aishah meluahkan rasa lega selepas penantian selama 36 tahunnya berakhir.

“Selepas 36 tahun menyanyi, impian saya untuk mengadakan konsert dengan pasukan orkestra penuh menjadi realiti.

“Tidak mudah, tetapi saya bersyukur dan berterima kasih dengan peluang yang diberikan,” katanya.

Setelah konsert tertunda dua tahun akibat penularan pandemik, Aishah terkenang perjalannya sebelum menjadikan konsert ini sebagai satu realiti.

“Cukup jauh perjalanan saya untuk tunaikan konsert ini. Sudahlah tertunda dua tahun kerana pandemik, saya dijangkiti pula virus Covid-19 sebanyak dua kali.

“Ia merosakkan 20 peratus paru-paru saya. Setelah menempuhi pelbagai halangan, saya bersyukur konsert ini dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah turut bersyukur impiannya untuk mengadakan sebuah konsert di tempat berprestij seperti DFP bersama pasukan orkestra dan dihadiri hampir lebih 900 penonton tercapai.

Aishah cukup bertenaga di atas pentas menyanyi lebih 25 lagu dan diantara lagu yang dipersembahkan adalah, Camar Yang Pulang, Janji Manismu, Bahtera Merdeka, All By Myself, Kau Pergi Tanpa Pesan, Bayangan dan Kemaafan Dendam Yang Terindah.

Meski telah bernyanyi selama 36 tahun, Aishah tetap memiliki penggemar dan kelasnya tersendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Airmata Gembira Iringi Pernikahan Rizman

Semoga kekal hingga ke Jannah!

Trending Wed, 15 Jun 2022

Keluarga Muhammad Adib Tarik Rayuan, Mahu Mulakan Kehidupan Baru

Keluarga arwah memilih untuk tarik rayuan dan memulakan kehidupan yang baru.

Featured Wed, 21 Jun 2023
Featured Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Sun, 14 Jul 2019