Puteri Sarah Disuruh Berdamai, Individu Dedah Sikap Kazar – “Kesian Dengan Kehidupan Bekas Menantu Dia…”

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan kenyataan seorang individu tentang sikap pelakon Kazar yang sering memandang remeh isu rumah tangga.

Baru-baru ini, pelakon Kazar mengeluarkan kenyataan agar Puteri Sarah berdamai dengan anaknya, Ira Kaza kerana isu orang ketiga bukan masalah yang besar.

Menerusi perkongsian Sarah di Instagram Story, individu tersebut memberitahu Kazar sepatutnya lebih memahami situasi seperti ini kerana mempunyai dua anak yang telah bercerai.

“Pasal isu yang berdamai tu sis, dia memang macam tu. Saya ada follow bekas menantu tu. Dia ada dua orang anak yang bercerai.

“Bukan nak ejek tapi sepatutnya dia lebih memahami. Tapi buat benda tu macam takde apa bagi keluarga dia.

“Kesian dengan kehidupan bekas menantu dia,” katanya.

Menurut individu tersebut, Kazar lebih membela anaknya yang tidak bertanggungjawab dan menyalahkan bekas menantu apabila cuba mempertahan hak penjagaan anak.

“Bila bekas menantu dah move on dan berjaya keluar dari kesusahan, bila pertahan kes anak ke apa tah hari tu. Dia salahkan bekas menantu.

“Patutnya malu lah dengan perangai anak sendiri yang tak bertanggungjawab tu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia Bukanlah Masalah Besar Sangat” – Kazar Mahu Kontroversi Babitkan Anaknya Diselesaikan, Mohon Netizen Bercakap Yang Baik

Maya Basir