Puteri Zarith Selesa Miliki Saiz Pinggang Kerengga, Kongsi Rahsia Kekal Ramping – “Dari Pinggang Saya 23 Inci Hinggalah Kini…”

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Puteri Zarith menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang mendakwa seseorang itu sakit gara-gara mempunyai fizikal yang kurus adalah kurang sopan.

Bercakap kepada XTRA, Puteri Zarith turut memaklumkan dia juga pernah menerima tanggapan sedemikian sehingga terpaksa menutup ruangan komen di Instagram (IG).

“Bila berat badan berlebihan, cakap tembam lah, apa lah, ia satu ejekan fizikal atau body shaming.

“Saya yang menjual produk menguruskan badan juga tidak pernah berbuat demikian kepada pelanggan, kerana ia tidak sedap didengari.

“Tapi apa yang membuatkan saya lagi tak suka dengar apabila ada yang berkata sakit kah? Dia ibarat mengharapkan kita sakit.

“Bagi saya ia kurang sopan, kadang-kadang saya terpaksa tutup ruang komen, malas nak baca sebab ia sangat negatif,” ujarnya.

Puteri ditemui pada majlis eksklusif preview Riviera Raya Lebaran FiziWoo di Ibu Kota, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Puteri yang menjalankan perniagaan produk minuman pembakar lemak turut berkongsi dia berjaya menghilangkan berat badan kurang daripada 5 Kilogram (Kg).

“Ada juga yang meninggalkan komen positif seperti mereka kagumi bentuk badan saya yang dahulu.

“Saya sebenarnya seorang yang bertubuh kecil, saya hilang 2 hingga 3Kg jadi memang akan nampak saya kurus.

“Saya rasa saya hilang kurang daripada 5Kg, tak banyak pun. BMI saya juga dikategorikan sebagai ‘underweight’,” kongsinya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi amalan yang membuatkan dia kekal langsing sehingga mampu memiliki saiz pinggang yang kecil.

“Saya memang ambil suplemen untuk kulit dan tubuh saya.

“Saya juga baru lancarkan produk baharu untuk membakar lemak, jadi memang saya amalkan dari penghujung tahun lalu.

“Dari pinggang saya 23inci hinggalah kini 22inci sahaja,” kongsinya lagi.

Puteri diminta mengulas isu tersebut selepas dia berkongsi berita mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah memohon peminat menghentikan tanggapan dirinya sakit gara-gara mempunyai fizikal tubuh yang kurus di Instagram Stories, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Zarith Fail Cerai Selepas 14 Tahun Kahwin – “Hubungan Kami Mula Bermasalah Sejak Tahun Lalu”

Khairil Khusyairi