Hiburan By: SGMS Faida March 13, 2018 @ 8:51am

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Putus, sambung, putus, sambung… Agaknya bila kita boleh lihat kesudahan cinta pasangan ini ya?

Pasangan selebriti terkenal Selena Gomez dan Justin Bieber dilaporkan berpisah sekali lagi selepas hubungan mereka mendapat halangan daripada keluarga.

Kredit gambar: Pop Sugar

Menurut laporan Daily Mail, ibu Selena, Mandy Teefey tidak bersetuju dengan keputusan anaknya untuk berbaik semula dengan Justin kerana tidak mahu Selena kecewa lagi.

Umum sudah mengetahui, ibu penyanyi wanita itu tidak ‘merestui’ hubungan anaknya bersama Justin kerana dia yakin Justin tidak akan dapat membahagiakan anak perempuanya itu.

“Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

“Selena juga sudah cuba memujuk ibunya dengan memberitahu bahawa Justin telah berubah namun perkara itu hanya sia-sia.

“Disebabkan itu, Selena dan Justin mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubungan disebabkan ibu Selena yang tidak menyukai Justin walaupun keluarga Justin sayangkan Selena,” kata sumber.

Selena Gomez sebelum ini berpacaran dengan penyanyi The Weekend sementara Bieber menjalinkan hubungan dengan Yovanna Ventura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Mon, 3 Apr 2023

“Tak Ada Wanita Yang Mahu Lalui Pengalaman Ini” – Bekas Isteri Sam Bunkface

Saya sedar saya orang biasa, saya tak ada pengaruh…

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

“Nampak Je Keras Tapi…” -Emelda Rosmila Tunjuk Perangai Adlin Yang Orang Tak Tahu

Teringat masa Adlin jadi juri tetap Akademi Fantasia! Teguran tegas tapi membina!

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Ayda Jebat Diberi Pujian Lakon Watak Bisu!

Siapa sangka, Ayda Jebat berjaya melakonkan watak sebagai Ilya iaitu perempuan bisu dan pekak dengan sangat baik!

Hiburan Thu, 19 Oct 2023

Ross Ariffin 3 Tahun Hidup Menderita, Dulu Komposer Terkenal Kini Gelandangan Kaki Lima

Kesiannya Ross Ariffin, semoga segala urusan dipermudahkan…

Featured Thu, 9 Jun 2022
error: Content is protected !!