Hiburan By: SGMS Fas August 7, 2019 @ 10:00am

Dari 128 Kg Ke 91 Kg…Rahim Sepahtu Masih Belum Puas Hati!

Pelawak Rahim Sepahtu mendedahkan hanya menjamah nasi dua kali dalam sebulan.

Kata Rahim,  selepas menjalani pembedahan ‘bariatric surgery’ atau pintasan gastrik pada Februari lalu, dia perlu lebih berdisiplin dalam soal pengambilan makanan.

“Kalau nak ikutkan, saya banyak mengambil makanan berasaskan cecair seperti sup, bubur atau makanan berkhasiat bagi memberi tenaga.

“Kalau nasi, memang saya jarang ambil. Boleh dikatakan hanya dua kali dalam sebulan. Tetapi ada hari yang saya akan makan, contoh kalau  hadir ke kenduri kahwin. Saya tetap akan jamah sedikit bagi menghormati tuan rumah. Tetapi hari lain saya memang hanya akan ambil makanan sihat lain,” katanya kepada Xtra selepas ditemui pada sesi ceramah kesihatan mengenai obesiti oleh Dr. Mustafa Mohammed Taher (tengah)  semalam. Turut hadir anak penyanyi Nora, Alif Johan yang turut menjalani pembedahan ‘bariatic’.

Penyampai radio popular ini juga mengaku tidak akan menjamah makanan selepas jam 10 malam bagi memastikan berat badannya kekal di tahap sihat.

“Paling utama doktor nasihatkan saya agar tidak tinggal sarapan. Untuk makan malam, saya akan makan sebelum jam 7 malam. Selepas waktu itu saya akan berhenti makan.

“Paling saya suka ketika bulan Ramadan. Saya tidak rasa lapar langsung walaupun hanya menjamah kuih sewaktu bersahur dan berbuka. Alhamdulillah, saya juga sudah mencapai angka sihat setiap kali timbang berat badan,” ujarnya.

Menurut Rahim, sebelum menjalani pembedahan, berat badannya pernah mencecah sehingga 128 kilogram.

“Syukur berat badan sekarang sekitar 91 kilogram dan saya perlu terus berusaha untuk mencapai berat ideal dengan ketinggian saya iaitu 79 kilogram.

“Saya mahu turunkan berat badan bukan sekadar memikirkan penampilan semata tetapi kesihatan adalah keutamaan,” akhiri Rahim sambil memberitahu kadang kala takut nak timbang berat badan kerana risau berat naik kembali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Apr 2022

Sufian Suhaimi & Inteam Bermunajat Dalam Damba Kasih 2022

Wah, Inteam kolaborasi dengan Sufian Suhaimi!

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Amar Ahyan Mengaji Untuk Adiknya

Sempat lagi Amar Ahyan meluangkan masa bersama adiknya sebelum menjalani pembedahan mata

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Dengar Ni Baba Nak Pesan’…Korang Dah Layan ‘Yang Mano’ Ke Belum?

Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup di mana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya.

LIFESTYLE Fri, 17 Aug 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Platform Bersepadu 28 Juta Masyarakat Malaysia

Langkah ini sekaligus memberi peluang kepada setiap rangkaian jenama dan pengiklanan untuk meraih pulangan komersial yang lebih tinggi melalui tayangan iklan tersebut di kaca TV

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Klon Allahyarham A. Ramlie Janji Teruskan Perjuangkan Pop Yeh Yeh

Sekitar tahun 2006 hingga 2009, A. Rozainie pernah menghasilkan album pertama di Singapura. Selepas itu saya pulang ke Malaysia dan menghasilkan album Fatimah Pujaanku.

Featured Thu, 29 Sep 2022