Hiburan By: Nurul Hana March 28, 2023 @ 4:44pm

Rahmad Mega Tampil Dengan Pejam, Jadi OST Drama Melur Untuk Firdaus 2

Sejak 16 Mac lalu, drama bersiri ‘Melur Untuk Firdaus 2’ telah disiarkan menerusi slot Akasia TV3 yang dilakonkan oleh Merqeen, Anna Jobling, Eyka Farhana dan Azim Yusof.

Lagu Pejam merupakan single Rahmad Mega dipilih untuk menjadi lagu runut kepada drama bersiri tersebut.

Single ini merupakan hasil nukilan daripada komposer dan penulis lirik berpengalaman iaitu Omar K dan Ikhwan Fathana.

Lirik lagu ini sangat bersesuaian dengan jalan cerita drama bersiri 35 episod ini dengan suara Rahmad yang gemersik rock membuatkan lagu ini bertambah menarik.

Rahmad telah mencipta nama sebagai penyanyi rock sejak tahun 1980-an. Beliau terkenal dengan lagu Bayangan Gurauan dan pernah menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu pada tahun 1991.

Kini, Rahmad ingin cuba untuk meberikan kelainan dengan membawa lagu bergenre pop.

“Lagu Pejam merupakan genre yang di luar zon selesa saya kerana saya lebih terkenal dengan pembawaan lagu bergenre rock, pop rock, dan juga slow rock. Namun, kali ini saya mencuba sedikit kelainan untuk lagu Pejam yang merupakan gubahan bergenre pop.

“Lagu ini menyentuh jiwa saya kerana ia mempunyai lirik sentimental dan membawa maksud yang amat mendalam. Saya juga sangat bertuah kerana terpilih untuk menyanyikan lagu runut bagi drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2,” katanya.

Rahmad juga berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati pendengar.

“Harapan saya agar penonton, pendengar dan peminat saya dapat menerima perubahan genre terbaharu daripada saya. Terima kasih saya ucapkan di atas sokongan anda semua dari dahulu sehinggalah kini. Sokongan anda semua sudah tentu memberikan saya semangat untuk terus berkarya dalam industri seni muzik tanah air,” kata Rahmad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

“My Father Allowed Me to Sing His Songs…” Says Syafiq Farhain

His late father, Saleem, had apparently given his blessing long ago…

Trending Fri, 20 Sep 2019

Guna Kamera Badan Bakal Tingkat Keberkesanan Tugas – Muhyiddin

Ia bukan bertujuan mencari salah pihak penguatkuasaan sama ada polis, imigresen atau kastam

Hiburan Tue, 8 Jan 2019
Trending Wed, 8 Jul 2020