Categories: HiburanSelebriti

Rai Ulang Tahun Ke 30, Neelofa Anjur Majlis Keagamaan

Pengacara terkenal, Neelofa meraikan ulang tahun ke 30 dengan menganjurkan sebuah majlis keagamaan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Majlis Light And Love Saturdate itu dihadiri oleh 150 orang peminat yang mana majlis perkongsian ilmu berkenaan memberikan fokus terhadap cara untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat, majlis Light Love Saturdate dikelola oleh Imam Muda Asyraf.

Menarik tentang majlis yang berlangsung semalam, aturcara majlis juga merangkumi sesi soal jawab, demo solat, serta cara bacaan dalam solat yang betul. 

Malah, Neelofa sendiri turut menunjukkan demo solat dengan bacaan solat dalam Bahasa Melayu. Bacaan solat amat penting bagi menambahkan rasa kusyuk. 

Ternyata, tetamu yang hadir kagum dengan kebolehan Neelofa menghafal setiap rukun dalam solat dalam Bahasa Melayu.

Menurut Lofa, dia bersyukur majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik.

“ Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama,”

Turut berada di majlis berkenaan ialah selebriti Heliza Helmi. Tahniah buat Lofa atas usaha yang wajar dipuji ini. Selamat Hari Jadi, Lofa! 

SGMS Faida