Hiburan By: Padin August 5, 2022 @ 6:14pm

Rai Ulang Tahun Ke-73, Isteri Dedah Peribadi S Atan – “Pernah Dia Pinjamkan Duit Demi Kesenangan Orang Lain..”

Komposer dan penerbit muzik legenda, S Atan yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-73 diraikan dalam sebuah acara penuh meriah di Hotel Royal Chulan Damansara, baru-baru ini.

Dihadiri oleh keluarga dan teman rapat, rakan-rakan selebriti Malaysia serta Singapura seperti Ramlah Ram, Siti Fairuz, Uji Rashid, Datuk Ramli MS, Sanisah Huri, Otman Hamzah dan ramai lagi turut mencuri masa untuk meraikan hari jadi komposer kesayangan mereka.

Terharu dengan usaha yang dilakukan oleh rakannya, S Atan bersyukur kerana diraikan dengan penuh meriah.

“Sebenarnya majlis malam ini adalah hadiah daripada rakan saya, Datuk Seri Rohaizat Musa. Saya rasa sangat bertuah dan gembira kerana diraikan oleh keluarga, teman dan rakan artis.

“Terima kasih kepada Rohaizat atas sambutan ini. Saya sendiri bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meraikan hari lahir bersama mereka yang saya sayangi,” katanya yang merupakan bapa saudara kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS.

Dalam pada itu, isteri S Atan, Norizan Yeob, 58, turut berbesar hati dan bersyukur apabila hari lahir suaminya diraikan dengan penuh kegembiraan.

“Saya berterima kasih atas sokongan daripada semua pihak terhadap suami tercinta. Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik dan bertanggungjawab.

“Saya terharu kerana sikap positif yang dimiliki suami membuatkan ramai yang menyenanginya. Sebagai isteri sudah tentulah saya melihat kesungguhannya untuk terus membahagiakan keluarga sebagai suatu anugerah.

“Bagaimanapun, ada satu sikap yang saya nampak ialah dia suka gembirakan kawan-kawan sekeliling. Pernah dia pinjamkan duit, demi untuk kesenangan orang lain.

“Memang dia nak sangat membahagiakan kawan-kawannya. Sampaikan ada ketikanya saya sendiri rasa pelik dengan suami sendiri. Kadang-kadang saya ada cakap kepadanya, tak boleh begini.

“Nanti orang akan fikir lain. Cuma itulah… dia suka tengok orang lain bahagia. Tapi kami tidak pernah terfikir pun untuk dapat balasan daripada apa yang dilakukan. Malah bila adanya sambutan hari jadi yang dianjurkan khas kepada suami, saya bagi pihaknya rasa syukur dan terharu. Terima kasih.

“Ramai rakan artis, sahabat dan peminat yang hadir termasuk dari Singapura walaupun ada yang awal-awal lagi beritahu tak berkesempatan untuk datang atas kekangan tersendiri, akan tetapi kami memahami. Cuma atas kapasiti yang terhad, saya pun nak mohon maaf,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Mula-mula Dating, Aiman Ajak Zahirah Makan Roti Canai Je?

Siapa kata artis ‘high maintenance’? hehe

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Fri, 8 Sep 2023
Hiburan Mon, 14 Jan 2019
Featured Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

小鲜肉Lee被粉丝突袭抱抱 Mook钟爱大马食物

配合《我亲爱的失败者》三部曲即将在全马首播,其中系列《怪物浪漫》男女主角Lee和Mook来马宣传!见面会上,小鲜肉Lee被粉丝突袭环腰抱抱吓得傻笑,而女神Mook则钟爱大马食物。

Trending Tue, 9 Feb 2021
Hiburan Mon, 28 Jan 2019

《廉政风云》加入贺岁档!华语影坛影帝影后同镜飙戏

《廉政风云 烟幕》汇集了华语影坛最一流的影帝影后同镜飙戏,誓以最顶强的「烟幕」阵容抵御春节一片弥漫开来的贺岁烟硝!