Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke -10, Mizz Nina Beri Ucapan Istimewa Buat Noh Hujan

Pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Hujan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kini sudah memasuki usia 10 tahun.

Dalam postingnya di Instagram, Mizz Nina meluahkan rasa tidak percaya sudah hampir 10 tahun berkongsi kehidupan bersama Noh Hujan malah beliau turut meluahkan rasa syukur rumah tangga yang dibina dilimpahi dengan kasih sayang gelak ketawa serta pelbagai ujian dan dugaan.

“Sudah 10 tahun? SubhanAllah, tak terasa pun. Alhamdulillah ya Rabb untuk 10 tahun yang mengagumkan, penuh rasa cinta, kehidupan, ketawa, cabaran, pertumbuhan, pengembaraan dan masa yang dikongsi bersama Noh Salleh,” tulisnya.

Di akhir ucapannya, Mizz Nina turut menitipkan doa agar hubungannya bersama Noh akan terus diberkati dan dilindungi serta dierikan kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Rata rata peminat di ruangan turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan yang disifatkan sebagai “cool dan low profile” ini.

“Semoga Allah terus memberikan kita kasih-Nya, belas, perlindungan, Aafiya, istiqomah dan kejayaan dunia dan akhirat sehingga syurga. Amin,” tulisnya.

Selamat ulang tahun perkahwinan buat Noh Hujan dan Mizz Nina❤

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”