Acara By: Salma Syahbuddin August 30, 2022 @ 1:56pm

Rain Masih Berbisa! Siap Belanja ‘Six Pack’ Buat 8,000 Peminat Di Malaysia

Selepas lima tahun, pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan, Jung Ji Hoon atau Rain kini kembali ke Malaysia bagi menghiburkan peminatnya dalam sebuah konsert yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini.

Memulakan persembahan dengan membawakan lagu popularnya berjudul, Rainism, Rain kelihatannya masih berbisa dalam menguasai pentas.

Malah, tindakannya menanggalkan butang baju yang dipakainya pada malam itu sekaligus membuatkan 8,000 peminat yang hadir pada malam tersebut bersorak kegembiraan.

Pada malam itu juga, Rain turut tidak ketinggalan membawakan lagu-lagu hitsnya seperti, Gang, How To Avoid The Sun, Hip Song dan La Song.

Persembahan penyanyi dan pelakon yang popular menerusi drama Full House ini turut memukau penonton dengan sistem audio yang ‘powerful’ ditambah dengan sistem pencahayaan yang begitu memukau mengiringi persembahan beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

 

Sementara itu, kehangatan konsert ‘Betadia Night’ turut dimeriahkan dengan kehadiran dua lagi penyanyi tempatan iaitu, Jess Less dan Andrew Tan.

Dan apa yang menariknya, konsert pada malam tersebut adalah tanpa pengawasan yang ketat sehingga peminat dibenarkan merakam momen manis bersama penyanyi kesayangan mereka.

Terdahulu, media melaporkan konsert Betadia Night yang dianjurkan oleh pihak Betadia Malaysia adalah secara percuma,dan tiket yang dikeluarkan telah habis ditebus dalam masa beberapa jam sahaja.

Sekadar  info, Betadia Malaysia merupakan syarikat Pembekal Insuran Digital yang ditubuhkan pada tahun 2020. Betadia Malaysia begitu komited dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan dan pelan pelaburan berteraskan kualiti tinggi serta menjalankan pelbagai sektor yang boleh mengukuhkan pulangan jangka masa yang panjang.

Selain itu, Betadia turut menjalankan penilaian risiko untuk pelan pelaburan pelanggan dan menyediakan mereka dengan pelan pelindungan kewangan yang paling sesuai dan selamat. Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Betadia https://www.betadia.com atau Facebook https://www.facebook.com/betadiamy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Dec 2021

Syafeek & Zazo Juara Lagu Cinta Kita 3, Bawa Pulang Wang Tunai RM50,000

Menewaskan tiga pasangan lain, Syafeek & Zazo berjaya merebut gelaran juara program Lagu Cinta Kita musim ke-3 (LCK3) dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000. Membawakan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita […]

Trending Fri, 1 May 2020

[TERKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Bakal Dilaksanakan

Haa, jangan suka sangat ye gais! Kena patuhi arahan juga.

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

“Tidak Mahu Manjakan Bakal Anak Dengan Kemewahan” – Elvina

Elvina mahu anaknya itu hidup dengan penuh kesederhanaan sama seperti orang lain.

Trending Tue, 6 Aug 2019

TV3 Cari Bakat Baru Menerusi #BacaBeritaChallenge, Anda Layak? Jom Sertai!

Jom sertai #bacaberitachallenge dan menangi hadiah eksklusif misteri!

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

李治廷晒健身减肥前后对比照

李治廷近日晒出一张瘦身前和瘦身后的对比图,还自我调侃道:有時候我在想,做一个小胖子是不是比较轻松?

Featured Mon, 7 Aug 2023
Hiburan Sat, 8 Jun 2019
error: Content is protected !!