Raja Ilya Kongsi Pengalaman ‘Interview’ Jadi Pramugari, Anggap Kerjaya Di Awan Biru Ubah Hidup – “Budak Tomboi Tiba-Tiba Pakai Kebaya”

Perkongsian pelakon Raja Ilya mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ilya mengimbau kembali kenangan apabila berkongsi sebuah foto dirinya ketika bergelar pramugari suatu ketika dahulu.

Menurut Ilya, kerjaya pertamanya di syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) sentiasa dalam ingatannya kerana ia adalah impiannya dari kecil.

“Ini adalah saya 19 tahun lalu. Ingat lagi time tu still kaku kaku kayu kaki ku.

“Maklumlah budak “Ben” tomboi dari Ipoh tiba-tiba pakai kebaya MAS jadi pramugari lepastu masuk ‘billboard’ di ‘international departure hall’. Malu-malu.

“What an incredible memory, my first career. Dari bangku sekolah rendah lagi nak jadi pramugari @malaysiaairlines. Saya takkan lupakan temu duga pertama saya,” tulisnya.

Kongsi Ilya lagi, dia turut menceritakan momen dirinya menghadiri temu duga di Ipoh yang dihadiri ribuan orang ketika itu.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu menyifatkan kerjaya sebagai anak kapal di syarikat kebanggaan negara itu mengubah kehidupannya.

“Kakak saya bantu pinjam kebaya, pakaikan saya make up, buatkan rambut saya dan kawan dia pula beri tips dan pesanan, saya takkan lupakan itu.

“Mana tak nya masa itu kalau nak interview MAS tunggu advertisement masuk surat khabar Saturday tau.

“Kemudian bila hari interview di negeri Ipoh, hampir ribuan orang yang hadir, interview turn dari pagi hingga malam. Ianya tidak masuk akal.

“Dan bila dah selesai semua round interview, the finale was like ‘semua yang dah interview kena berdiri depan interviewer’ dan mereka akan panggil nama one by one dan nama yang tak kena panggil tu is ‘selected’. Tak ke rasa nak pengsan nervous time tu.

“It’s been an incredible journey, and I have to say, MAS has completely transformed my life, from who I used to be to the person I am now,” tulisnya bangga.

Untuk info, Selain MAS, Raja Ilya juga pernah menyertai syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia sebelum bergelar seorang pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Mentua ‘Request’ Pengat Durian Sempena Krismas, Raja Ilya Tak Sangka Laku & Menjadi – “Sekali Makan Sampai Licin” 

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Video Mesra Dengan Anak, Bentuk Badan Raja Ilya Pula Jadi Perhatian – “Bukan Senang Nak Dapat ‘Body’ Macam Tu Lepas Bersalin”

ARTIKEL BERKAITAN: “My Actions Di Salah Sangka” – Terlebih Prihatin Punca Tinggal Komen Buat Gal Gadot, Raja Ilya Akui Tak Sensitif & Mohon Maaf

Khairil Khusyairi