Featured By: Salma Syahbuddin April 19, 2023 @ 2:07pm

Ramai Artis Jadi Suami Dayus, PU Syed Tampil Beri Amaran -“Kalau Isu Rumah Tangga Ambil Tempat Di Media Sosial Maka…”

Pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed sekali lagi tampil memberi amaran bahawa sudah terlalu ramai golongan selebriti yang bergelar suami boleh dilabel sebagai dayus dan isteri dikategorikan sebagai nusyuz.

Ini kerana, suami seperti tidak kisah dan mengambil mudah apabila isterinya dibenarkan berlakon dan menjayakan adegan berpelukan serta berpegangan tangan.

Perkara itu dikongsi PU Syed menerusi hantarannya di Instagram baru-baru ini.

“Kalau nak kira artis sebagai suami yang dayus dan isteri yang nusyuz terlalu ramai.

“Isteri dibenarkan berlakon dan berpelukan, berpegangan tangan dengan lelaki lain dalam lakonan itu adalah nusyuz.

“Suami pula reda dengan perbuatan isteri mereka dengan alasan kononnya itu adalah profesion mereka. Ini adalah dayus.

“Bila isu rumah tangga artis mula mengambil tempat dalam berita-berita di sosial media, maka perlulah masyarakat mengambil iktibar.

“Dosa pahala tetap berlangsung dan dikira walaupun hanya sekadar lakonan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pendakwah bebas ini tampil memberikan pelbagai respons berhubung situasi yang berlaku.

Bahkan, ada yang sudah muak dengan cerita-cerita artis dan kisah rumah tangga mereka yang sepertinya tidak mempunyai jalan penyelesaian, apatah lagi pasangan suami isteri tersebut tampil membuka aib masing-masing di media sosial.

 

ARTIKEL BERKIATAN:“Saya Tak Depress, Saya Happy!”- Bak Pengantin, Puteri Sarah Liyana Tampil Berbusana Putih Hadir Kes Perceraian Bersama Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN:Perjelas Salah Faham Kenyataan Ibu Mentua, Puteri Sarah Bakal Sambut Aidilfitri Di Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Syamsul Yusof Perjelas Punca Tak Jadi Cerai & Tuntutan Diskaun Nafkah Antara Puteri Sarah – “Jangan Tengok Sebelah Pihak Sahaja”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 20 Nov 2019

Kolaborasi MYDIN Dalam Misi Kembali Ke Sekolah Ejen Ali Lengkapkan Persiapan Persekolahan 2020!

Jangan lupa dapatkan barangan eksklusif kelengkapan persekolahan Ejen Ali!

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

‘Mana Ada Merajuk…’- Raja Ema Teruja Bakal Berlakon Filem

Lama tak tengok Raja Ema berlakon kan? Tak sabarnya!

Featured Fri, 28 Sep 2018
Trending Sat, 24 Apr 2021

Hina Raja Permaisuri Agong, Aktivis Ini Akhirnya Ditahan Polis

Min tengok ramai juga yang buat #solidariti untuk Fahmi ni

Trending Fri, 20 Aug 2021

Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujang Sabtu Ini

Kalau dah jodoh tak kemana…♥

Trending Sun, 29 Apr 2018

她将「15年老厢型车」改装超舒适跟狗狗环游世界

国外一名女子Marina Piro 亲手将一台老式的厢型车Pam 改装得超舒适,然后带着她的爱犬Odie 就这样四处旅行环游世界,并在IG 分享她的惬意生活让粉丝们羡慕不已,一起来看看她的旅程吧!

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Iqram Dinzly Buat Hal Lagi?

Apa pula kali ini?

Trending Sun, 27 Dec 2020
Trending Wed, 3 Oct 2018

Akhirnya Rosmah Ke Lokap SPRM?

Rosman di dakwa esok!