“Ramai Je Artis Buat Tapi Tak Mengaku!”- Zarina Zainuddin Respons Tuduhan Buat Hidung, Tempelak Netizen ‘Kaki Penyibuk’

Pelakon senior Zarina Zainuddin, 52,  tampil memberikan respons mengenai dakwaan yang mengatakan dia membuat pembedahan hidung untuk tujuan kecantikan.

Menurutnya, dia tahu apa yang dilakukan dan tidak kisah sama sekali dengan kritikan dan pandangan netizen terhadap dirinya.

“Kau orang pergilah buat buat hidung. Ramai je artis yang buat hidung. Cuma mereka tak bagitahu je.

“Semua buat hidung cuma tak nak mengaku. Bila aku semua sibuk. Saya pula yang kena kan?,” katanya.

Perkara itu dikongsi Zarina ketika sidang media program Women Talk musim ke-4 yang diadakan di Tribe Boxing Studio, Petaling Jaya baru-baru ini.

Selain itu, Zarina memaklumkan dia membuat pembedahan hidung bukanlah bertujuan untuk kecantikan semata-mata sebaliknya mahu membuang cecair yang menyebabkan masalah sinus yang dihadapinya selama ini.

Ketika ditemui XTRA, Zarina sempat berkongsi mengenai penampilannya kini yang kelihatan semakin cantik selepas menjalani pembedahan bariatrik.

Katanya, penurunan berat badan sebanyak 12 kilogram dalam masa sebulan mungkin menjadi salah satu faktor yang membuatkan dirinya tampak sedikit muda.

“Kurus sikit, badan kecil, Bukan cantik mana pun dah tua.

“Sebenarnya saya bersyukur sangat jalani pembedahan tu sebab dulu kaki dan tumit saya kan sakit sangat. Sekarang dah boleh pakai heels. Saya buat ni pun sebab kesihatan,” jelasnya.

Sekadar info, Zarina Zainuddin akan tampil sebagai tetamu jemputan pada program temu bual Women Talk yang mula bersiaran pada 28 November 2023.

Musim baharu program berbahasa Inggeris ini akan disiarkan pada setiap Sabtu, pukul 5.30 petang di TV3 dan boleh distrim di Tonton.

 

Salma Syahbuddin