Events By: Salma Syahbuddin March 11, 2022 @ 4:14pm

Ramai Masih Tak Boleh Move On #AJL36, Lagu Cinta Marsha Milan Jadi Top ‘Cover Version’ Di Tik Tok

Selepas meraih kemenangan di tempat kedua dan Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) Ahad lalu, lagu Cinta nyanyian Marsha Milan masih menjadi antara pilihan pendengar sehingga ke hari ini.

Malah lagu ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik ini terus mendapat tempat di hati pendengar sehingga dijadikan sebagai cabaran di aplikasi Tik Tok dengan hashtag #cintamarshachallenge.

@xbsrndlzvw nak try jugala. disclaimer: this is just for fun. mmg tak mampu laaa nak highnote mcm penyanyi asal HAHAHA 🤣 🤟🏻 #cinta #marshamilan #fy #cover ♬ Cinta – Marsha Milan

@daushusny Cara-cara berjumpa Ilahi dengan cepat; nyanyi lagu ni. Aku dah nampak pintu syurga tadi #cinta #marsha @marsha_milan ♬ original sound – Daus Husny

 

Selain peminat, rakan artis juga mengakui masih tidak boleh move on terhadap lagu dan persembahan Marsha pada malam anugerah berprestij itu sehingga ada antara mereka yang menjadikan lagu ini sebagai lagu ‘cover version’ mereka menerusi aplikasi berkenaan.

Antaranya, Adira Suhaimi, Ara Johari, Betty Rahmad dan Vanessa Reynauld.

@bettyrahmadali Tak boleh move on ya dengan lagu ni😂 Suami i dah menyampah dengan i terjerit-jerit hahhahahah #cintamarshamilan #ajl36 #marsha #tiktokmalaysia ♬ original sound – Betty Rahmad

 

Manakala, video nyanyian Adira pula telah dikongsikan oleh seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai Helvin Dave dengan jumlah tontonan kini mencecah lebih 100,000 kali sejak ia dimuat naik.

Rata-rata warganet memuji dan meninggalkan komen positif terhadap video berkenaan.

 

Sementara itu, video nyanyian pelantun lagu Bunga, Ara Johari  juga antara yang  mendapat perhatian peminat menerusi aplikasi berkenaan apabila video nyanyiannya mendapat lebih 500,000 tontonan dan 54,600 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Khamis.

@arajohariofficial Tak tidur malam bila dengar @marsha_milan nyanyi 🤍🥰 omg congratulations, u deserve it!! #fypシ #cintamarshamilan #ajl36 ♬ original sound – Ara Johari

 

Selain itu, Vanessa Reynauld menerusi hantaran di aplikasi Tik Tok miliknya memaklumkan dia berasa goosebumps setiap kali mendengar nyanyian Marsha pada malam kemuncak tersebut.

Justeru, tampil menjadikan lagu Cinta sebagai lagu ‘cover version’ yang rata-ratanya disambut baik oleh peminat apabila di tonton lebih 70,000 kali tontonan.

@vanessareynauld Sis tak boleh move onnnn !!! Goosebumps naik everywhere when kak Marsha sang this 🤯 #cintamarshamilan #ajl36 #fyp #trending #singing ♬ original sound – Vanessa Reynauld

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Mar 2021

Majlis Akad Nikah Bersemuka Dibenarkan Bermula 8 Mac Ini

Wah, dah boleh akad secara bersemuka lah…

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Trending Tue, 18 Aug 2020

MySalam Perlindungan B40 : Pampasan Bernilai Hingga RM 31.76 Juta

Perlindungan kesihatan takaful PERCUMA gaisssss, Semoga bermanfaat!

Trending Hari Ini Tue, 30 Jun 2020

Gempa Bumi Gegar Kawasan Kudat Sabah Hari Ini

Baru sahaja berlaku pagi ini.

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

Kena Sindir Di Instagram…Baby Shima Tak Takut!

Saya tak tahu sama ada itu ikhlas atau terpaksa…

Trending Thu, 13 Dec 2018

10个「让你完全活在自己世界」的隐世豪宅

10个让你完全活在自己世界的隐世豪宅!

Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Featured Sat, 4 Mar 2023

“Saya Dalam Fasa Bahagia” – Intan Najuwa Enggan Ulas Isu Tunang

take ur time Intan! Mogayang baik-baik saja.

error: Content is protected !!