Ramai Minta Beri Pandangan Isu Suami Berkahwin Dua, Puteri Sarah Akui Bahagia Dengan Keputusan Sendiri – “Jangan Dengar Hasutan Orang Lain”

Umum sedia maklum, pelakon jelita Puteri Sarah Liyana pernah melalui konflik rumah tangga bersama bekas suaminya, pengarah dan aktor sensasi, Syamsul Yusof.

Terkini, menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Puteri Sarah tampil memberi pandangan peribadinya mengenai isu poligami yang semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Aktres drama rantaian Suri Hati ini dipercayai membahas mengenai konflik suami berkahwin dua selepas isu rumah tangga personaliti media sosial, Alif Teega dan pempengaruh, Aisyah Hijanah meletus di platform media sosial pada petang, Ahad lalu.

Puteri Sarah memberi pesanan kepada ramai pihak di luar sana untuk tidak mendengar hasutan orang lain sehingga memberi kesan terhadap keputusan dalam kehidupan mereka.

“Ramai yang direct message (DM) Sarah tanya pasal ni. My personal opinion is do whatever makes you happy jika tidak memudaratkan. I’m happy with my decison and I stand firm with it.

“Jangan dengar hasutan orang lain, jangan biarkan orang lain yang membuat keputusan untuk kehidupan awak.

“Fikir what is best for you and anak-anak. Allah ada dengan awak,” tulisnya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul menjadi buah mulut ramai selepas diganggu oleh pihak ketiga, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi, iaitu Ira Kazar.

Puteri Sarah dan Syamsul sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Semoga Lebih Bahagia & Sukses, Awak Single Mom Yang…” – Tunjuk Sikap Prihatin, Netizen Terharu Dengar Pesanan Andi Arsyil Pada Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Kini Lebih Tenang, Anggap Kewujudan Mastura 2.0 Sebagai Bahan Gelak Netizen – “Pada Mastura Sudahlah Tu! You Pun Boleh Berdamai Dengan Takdir”

Artikel Berkaitan: “Akhirnya Allah Tunjuk Siapa Kau, Satu Family Ada Access!” – Puteri Sarah Dedah Siapa ‘Mastura’?

Aqilah Paharuzi