Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 20, 2022 @ 5:26pm

Ramai Puji Sikap Aeril Zafrel Tak Suka Lepak & Pulang Rumah Awal – “Bagus Suami Utamakan Family”

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal sering melayan karenah peminat ketika bersiaran langsung di TikTok.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, Aeril menjawab persoalan pengikut yang mahukan dirinya untuk mencukur jambang.

“Nak potong sayang, sebab Wawa suka lelaki jambang panjang,” jawabnya di siaran langsung itu.

Tidak mendiamkan diri, Wawa yang berada di sebelah Aeril tersengih dan berkata Aeril sering menyalahkannya walaupun dia tidak pernah berkata sebegitu.

“Dia ni kan semualah aku disalahkannya, contoh kalau dia main badminton kan, dengan kawan-kawan dia kan.

“Dia nak balik awal and then kawan-kawan dia tu pun ajaklah lepak. Aeril jomlah lepak minum-minum kan lepas badminton kan.

“Biasalah orang lelaki nak lepak minum-minum tapi dia ni pula salahkan aku. Dia cakap Wawa tak bagi lepak. Wawa tunggu aku dekat rumah.

“Padahal dia sendiri yang tak nak lepak. Ini jambang ni pun dia sendiri yang tak nak potong. Aku juga disalahkan,” ujar Wawa.

Walaubagaimanapun, Aeril turut menjawab bahawa lelaki yang pulang ke rumah awal dan tidak keluar lepak adalah lelaki yang bagus.

“Tapi baguslah kan guys, lelaki balik futsal ke badminton ke terus balik dan tak lepak-lepak,” kata Aeril akhiri perbualan.

@wawacosmetics.com.my Kesian wawa 🤣 siapa kat sini mcm aeril bukan kaki lepak? #tipsrumahtanggabahgia #wawazainal #aerilzafrel ♬ 原聲 – ABCandE

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Aeril yang pulang ke rumah awal dan tidak suka melepak.

“Bagusnya, kawan ajak lepak tak nak pi.

“Bagus macam ni, suami utamakan family lagi.

“Bagus! dia tahu batas waktu isteri dan kawan-kawan.

“Bagus lah si Aeril ni. Begitulah sepatutnya jadi contoh, ingat anak isteri.

“Bagusnya tak nak lepak sebab tahu bini kat rumah tunggu,” komen netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Feb 2023
LIFESTYLE Wed, 10 Jan 2018

DISCOVER THE BEST OF SOUTHEAST ASIA WITH GOASEAN!

The perfect travel, lifestyle and food channel for all ages is here – GOASEAN! The one stop channel that will bring convenience and help for travelers before they depart, so let’s check out the top 5 reasons on why we should watch GOASEAN!

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Another One Bites the Dust: Big Bang’s Daesung to Enlist into the Army Soon

Daesung is the fourth Big Bang member to enlist into the army!

Hiburan Fri, 14 Feb 2020

[VIRAL] Isteri Allahyarham Abam Banyak Diamkan Diri, Ibu Pula Sukar Tidur Malam

Moga Allahyarham beroleh keampunan Allah s.w.t dan ditempatkan bersama para solehin. Amiinn.

Hiburan Mon, 29 Aug 2022

Pablo Amirul Pernah Tak Puas Hati Dengan Pihak TUDM Gara-Gara….

Haa tak puas hati sebab apa tu? Biasalah kan terasa hati tu lagipun untuk kebaikan..

Featured Thu, 22 Feb 2024
Trending Wed, 23 Jun 2021

Selepas 9 Tahun, Siti Sarah Kembali Bergabung Dengan Shuib

Selepas sembilan tahun tidak tampil dengan lagu duet bersama, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, pelawak dan usahawan Shuib kembali bergabung dan berpadu suara dalam sebuah karya baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC). SBSC yang […]