Ramai Sokong Tyzo Xander Sertai Radio Hot FM!

Baru-baru ini, penyampai radio Tyzo Xander menjadi sebutan ramai di media sosial selepas dimaklumkan kontrak bersama radio Suria FM ditamatkan bermula 12 Januari lalu (Jumaat).

Menurut pengurus besar Suria FM, DJ Lin keputusan tersebut dilakukan sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar tahun ini hingga seterusnya.

Susulan itu, radio terkenal Hot FM memuat naik satu perkongsian di Instagram bertanya kepada pengikutnya sekirnya mereka ‘approve’ Tyzo menjadi penyampai radio di konti tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merestui cadangan tersebut, selain turut meluahkan rasa teruja seandainya benar ‘impian’ tersebut termakbul.

Tidak kurang juga rakan-rakan selebriti yang juga menunjukkan tanda sokongan terhadap Tyzo di ruangan balas tersebut.

Sebelum ini, Tyzo yang telah bersama Suria FM selama lapan tahun itu mengakui berat untuk meninggalkan radio tersebut kerana bukan keputusannya untuk ‘berhenti’.

Sebuah video kata-kata terakhir Tyzo kepada DJ Lin yang mengucapkan terima kasih atas penganiayaan terhadapnya mendapat pelbagai respons daripada ramai pihak.

Sehingga kini, ruang Instagram deejay di segment malam itu dihujani komen-koman tohmahan netizen yang kesal Tyzo ‘dibuang’.

Bagaimanapun, DJ Lin berkata akan memberi penjelasan secara terbuka Jumaat depan.

Artikel Berkaitan: “Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

Artikel Berkaitan: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini” – Tular Video Kata Terakhir Tyzo Pada DJ Lin Suria Cinta

Artikel Berkaitan: “Tyzo Berbakat & Berpengalaman, Jalan Terus Tanpa Peduli Orang ‘Toksik’ Itu!” – Azrul Zaidi Sifatkan ‘Politik’ Stesen Radio Kejam

Artikel Berkaitan: “Khidmat Tyzo Berakhir 12 Januari, Kami Telah Rangka Strategi & Perancangan Baharu Tahun 2024” – DJ Lin

Artikel Berkaitan: Pernah Terima Nasib Sama, Ini Pesanan Linda Onn Buat Tyzo – “Terpeleot Sikit, Bye! Menang ABP 7 Kali Pun Gantung Pada Kontrak…”

Aqilah Paharuzi