Ramai Suka ‘Confident Level’ Nurul Shuhada Lepas Cerai, Tapi Ada Pula Yang Tegur Penampilan – “Dah Kurus Baju Ketat Pula”

Perkongsian bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri sekali lagi menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuhada memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya.

Video pendek tersebut menampilkan wanita asal Perlis ini mengenakan pakaian serba cerah dan gelap yang sedang berjalan.

Ditambah pula dengan fizikal Shuhada yang langsing, ternyata perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mencecah lebih 14,000 tanda suka dan lebih 360 komen.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu. Ramai turut memuji penampilan terkini Shuhada.

Malah ada juga menyifatkan Shuhada adalah seorang yang berkeyakinan tinggi dengan penampilan tersebut biarpun baru sahaja berdepan kekecewaan dalam rumah tangga.

Namun, disebalik komen-komen positif tersebut ada juga yang tampil menegur gaya pemakaian Shuhada itu dengan berharap akan melonggarkan sedikit pakaiannya.

Lebih panas, ada juga turut berpesan agar jangan terlalu menunjukkan tubuh badan kerana kurang sesuai bagi wanita berhijab.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak Februari.

Mahkamah juga memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari tahun ini.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Penampilan ‘Fresh’ Nurul Shuhada Curi Tumpuan, Netizen Komen: “Makin Cantik, You Go Girl”

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz Cerai Pada 22 Februari Sah, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Lega Kemelut Rumah Tangga Berakhir Dengan Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN: “Tindakannya Ini Menyebabkan Saya Menjadi Perempuan Keji” – Nurul Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Ubah Fikiran Saat Akhir

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada Maklum Alami Keguguran, Tepis Dakwaan Sengaja Gugurkan Secara Haram

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai Isteri Melalui Panggilan Telefon… IG Hafidz Roshdi Kena Serang, Netizen Amuk: “Lelaki Paling Tak Guna Tahun 2023!”

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada Tutup Bisnes Biskut Selepas Lebih Sebulan Dilancarkan, Netizen Komen: “Harga Produk Awak Mahal, B40 Tak Mampu Beli”

Khairil Khusyairi