Hiburan By: Maya Basir August 25, 2022 @ 4:45pm

“Ramai Tanya Macam Mana Boleh Kurus? Tiada Rahsia Untuk Saya Sembunyikan” – Alyah

Penyanyi dan usahawan, Datin Alyah mendedahkan kaedah yang digunakan untuk menurunkan berat badan.

Menerusi perkongsian di Instagram, berat badan pelantun lagu Kisah Hati itu pernah mencecah 68 kilogram dan menghidap penyakit gastrik yang sangat teruk.

“Ramai yang tanya macam mana boleh kurus? Orang tahu Alyah pernah besar dulu dan ada macam-macam penyakit yang paling teruk gastrik sampai muntah-muntah.

“Kalau siapa yang follow Alyah dari dulu pasti ada baca Alyah masuk hospital sebab gastrik teruk,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Tambah Alyah, dia pernah menolak tawaran undangan nyanyian disebabkan masalah semput dan mudah penat.

“Cerita pasal kerja pulak ya. Ada waktu Alyah tolak nak pi show sebab tak boleh nak nyanyi dengan baik kejap-kejap semput, kejap-kejap lelah,” ujarnya.

Kata Alyah, dia pernah rasa sangat sedih apabila orang menegur saiz badannya yang semakin berisi.

Akhirnya, penyanyi lagu Kisah Hati ini membuat keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik pada lima bulan yang lalu.

“Alyah pernah melakukan bariatrik operation lima bulan lepas. Dan tiada rahsia untuk Alyah sembunyikan.

“Dan Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja & beribadah. Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada Illahi,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Feb 2021
Featured Fri, 27 Apr 2018

Bagaimana Rupa Puteri-Puteri Disney Jika Mereka Hidup Di Zaman Moden? Pelukis Ini Ada Jawapannya

Para Puteri Disney diberi nafas baru dari segi rupa serta gaya fesyen mereka. Nampak chic!

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Ezlynn Kecewa Lagu Kurang Popular?

Mungkin kali ini kurang menerima sambutan, sebaliknya rezeki pada masa akan datang pula.

Trending Mon, 23 Sep 2019

感情影响性次数!这时期情侣天天战

「性爱」是伴侣关系中相当重要的一环,彼此间透过身体交流接触过程中,往往会让彼此的关系更亲密。不过因每个人性需求的不同,和另一半「爱爱」的次数也有差距。

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Featured Wed, 30 Mar 2022

Tular Pensyarah Hina Pelajar Tak Mampu Beli Laptop, Ini Respons UiTM… MPP Pula Gesa Ambil Tindakan Tegas!

Menurut pihak Universiti, tindakan terhadap pensyarah terbabit akan diambil sewajarnya

error: Content is protected !!