Featured By: Aqilah Paharuzi March 6, 2022 @ 1:58pm

Ramal Mimpi atau Pelukan Angkasa Jadi Juara AJL 36, Tekaan Neelofa Untuk Pemenang Kategori Vokal Terbaik Memang Win!

Kehangatan Anugerah Juara Lagu (AJL 36) mula terasa apabila ruangan media sosial Twitter sejak semalam penuh dengan tandapagar #AJL36.

Bakal berlangsung malam ini, ramai peminat anugerah berprestij terbabit mula membuat andaian mereka mengenai lagu manakah yang akan menjadi pemenang keseluruhan AJL 36.

Seperti biasa, ramai peminat dan penyokong AJL 36 khasnya menantikan ramalan pengacara dan usahawan Neelofa untuk edisi kali ini.

Sebelum ini, Neelofa membuat andaian tepat selama tiga tahun berturut iaitu AJL 32, AJL 33 dan AJL 34.

Pada tahun lalu di AJL 35, sasaran Neelofa tidak mengena apabila lagu Gila menjadi pemenang dan Aina Abdul berada di tempat kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan Lofa Benar Belaka… Kali Ini, Neelofa Teka Aina Abdul Jadi Juara AJL35!

Menerusi satu ciapan dimuat naik Neelofa hari ini, beliau meramalkan AJL 36 malam ini akan menjadi milik Haqiem Rusli menerusi lagu Mimpi.

Namun, juara AJL 36 juga boleh menjadi milik Shila Amzah dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) menerusi lagu Pelukan Angkasa.

Sementara itu, bagi anugerah Vokal Terbaik, Neelofa sempat berseloroh dan meramalkan trofi itu akan dimenangi oleh tangisan putera sulungnya, Muhammad Bilal.

Dalam ciapan sama, Neelofa menjangkakan Marsha Milan boleh bergelar pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Cinta.

Melihat reaksi yang diberikan terhadap ciapan terbabit, rata-rata wargamaya terhibur dengan gurauan Neelofa.

Jadi, menurut anda adakah ‘tembakan’ Neelofa kali ini mengenai pemenang AJL 36 tepat seperti sebelumnya?

Sama-sama kita nantikan keputusannya dan jangan lupa saksikan AJL36 malam ini yang akan bersiaran secara langsung menerusi TV3 pada jam 9 malam!

Anda juga boleh menonton secara LIVE TV di www.xtra.com.my  dan YouTube TV3 Official!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Fri, 1 Oct 2021
Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Ini Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2018 Kategori Bukan Drama & Teknikal

Tahniah kepada semua pemenang, jumpa pada 2 November nanti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Selebriti Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Tue, 20 Jun 2023

Lafaz Cerai Hafidz, Shuhada Ditangguhkan Pada 27 Julai

Semoga urusan mereka dipermudahkan

Trending Mon, 12 Jul 2021
Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Did You Spot These 7 Movie Scenes in Twice’s ‘What Is Love’ MV?

Twice is back with a very special music video and people are loving the concept.

error: Content is protected !!