[VIDEO] Rambut Tiara Tersangkut Tiang Gol, Achey Hampir Pitam Dengan Kerenah Anak

Tular sebuah video yang dikongsi oleh pelawak terkenal, Achey apabila rambut anak perempuannya, Nur Tiara Zinnirah, tersangkut di tiang gol permainan.

Video tersebut telah dikongsi di laman media sosial tikTok milik Achey sendiri.

@achey_kintangkintung

Ayah separuh pitam🥵… anakkk anakkkk

♬ original sound – Kedai achey

ac

“Ayah separuh pitam…. Anak anak..” Tulis Achey di kapsyen berkenaan telatahnya.

Menerusi video tersebut, Achey terkejut melihat anaknya berjalan sambil tiang gol tersebut melekat di kepalanya.

“Ya Allah macam mana boleh sangkut? Tiara? Astaghfirullahalazim. Tiang gol pula boleh sangkut ni nak. Kau ni macam macam lah,”

“Banyak benda lagi sangkut tiang gol ni buat apa? Sangkut lah emas ke,” kata Achey di dalam video tersebut sambil menguraikan rambut anaknya yang tersangkut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah Tiara yang saling tak tumpah mempunyai perangai kelakar seperti ayahnya juga.

“Kalau ye pun penjaga gol jangan sampai bawa tiang gol tu

“Dia tak salah bang, yang salah tiang gol

“Nasib lah dia bawa tiang gol tu tersekat dekat situ. Kalau dibawa masuk rumh ke hulu ke hilir lagi naya,” komen netizen.

Izzi Farhana