Ramona ZamZam Rindu Siapa Tu?

Ramona atau nama sebenarnya Ramona Qadira Mohd Zamzam mengakui terpaksa memendam rindu selepas berehat selama dua tahun kerana memberi tumpuan membesarkan anak sulungnya, Ivanna Alashkar.

Menurut Ramona, beliau akan mempertimbangkan semula tawaran yang datang selepas pulang dari bercuti kerana mengakui sudah terlalu lama memenadam rindu untuk beraksi di depan kamera.

“In syaa Allah, selepas kembali bercuti di Switzerland saya akan mula mempertimbangkan tawaran yang datang. Memandangkan Ivanna sudah besar. Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang seni masih ada apabila ditawarkan menjadi pengacara untuk majlis korporat. Dan, banyak lagi rezeki lain yang datang selepas dikurniakan anak.” 

Sumber : Instagram @ramonazamzam

Tambahnya lagi, sebelum kembali aktif dalam bidang lakonan beliau dan suami akan menghabiskan masa dengan bercuti ke Switzerland pada pertengahan bulan depan. 

Berkongsi mengenai percutiannya kali ini, Ramona akui percutian beliau lebih istimewa kerana Ivanna kini sudah berusia setahun lapan bulan. 

Sumber : Instagram @ramonazamzam

” Sebelum ini saya pernah membawa Ivanna bercuti di Bahrain, Turki dan Indonesia. Cuma kali ini destinasi percutian lebih jauh kerana kami merancang untuk menjejaki kawasan perkampungan di Switzerland iaitu Kussnacht.” Katanya.

Salma Syahbuddin