Featured By: Maya Basir February 22, 2023 @ 1:53pm

Rancang Sebelum Berkahwin, PU Riz Buka Klinik Estetik Konsep Tradisional Islam

Pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz kini menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan.

Pemililk nama penuh Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, telah membuka pusat rawatan estetik iaitu Airiz Aesthetic Center bersama rakan perniagaan, Dr Aizul Hafizi.

Perniagaan ini yang menggunakan kombinasi antara perubahan estetik dan tradisional Islam dengan menawarkan rawatan akupuntur dan bekam.

Menurut suami kepada usahawan terkenal Neelofa, perancangan untuk meneroka perniagaan berasaskan rawatan kecantikan sudah lama dirancangkan bahkan sebelum berkahwin lagi.

“Perancangannya sudah lama iaitu sebelum kahwin dan ketika saya masih belajar, tapi masa itu ada kekangan. Alhamdulillah sekarang ini ada waktu untuk meneruskannya.

“Saya lihat ia adalah bahagian perniagaan yang baik kerana orang akan sentiasa berulang kali ke sini. Bila ada pengulangan maksudnya bisnes itu bagus.

“Dalam masa sama, saya minat bekam dan rawatan Islam, jadi kami akan sekalikan nanti. Pusat ini bukan untuk perempuan sahaja dan lelaki juga perlukannya,” jelasnya.

Selain itu, dia juga pernah bekerjasama dengan rakan perniagaan yang merupakan kawan lamanya itu.

“Saya memilih Dr Aizul sebab satunya disebabkan kawan lama. Awal-awal dulu saya selalu bantu dia untuk buat ulasan tempat dia secara percuma.

“Jadi, saya rasa selepas itu apa salahnya untuk jalankan bisnes bersama-sama. Doakan supaya kami dapat buka satu cawangan di setiap negeri. Kita lihat bagaimana rezeki yang dapat,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Aizul berkata, dia amat menggalakkan kaum lelaki untuk turut mendapatkan rawatan.

“Kita ada beberapa staf lelaki yang membuat rawatan untuk lelaki. Macam saya ada klinik sendiri juga ada staf lelaki dan perempuan. Biasanya peratusan pelanggan lelaki dan perempuan yang datang boleh dikatakan sama sahaja.

“Setakat ini kami mahu fokus cawangan ini dahulu dan lihat bagaimana perjalanannya kerana cawangan ini juga sangat besar. Di sini kami ada lapan bilik rawatan, satu bilik ‘treatment’ termasuk beberapa petugas perubatan.

“Rawatan sebenarnya sama sahaja, tapi bila PU Riz sertai kami, dia tambah beberapa perkara seperti rawatan akupuntur dan bekam. Ia kombinasi antara perubatan estetik dan tradisional Islam,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 May 2019

‘Aafiyah Anak Ibu’ Bakal Tunai Umrah 23 Mei Ini!

Tambah Siti, dia sudah membuat persediaan awal dengan menunaikan solat dengan Aafiyah di sisi.

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Thu, 7 Dec 2017

Yang Pasti, Saya Berdiri Teguh

“Yang Pasti, Saya Berdiri Teguh Dengan Setiap Apa Yang Saya Katakan”

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Grandma Panggil Dia Budak Turki” – Umur Bayi Cecah 3 Bulan, Anzalna Dedah Tengok Drama Turki Ketika Mengandung

Umum mengetahui, pelakon cantik, Anzalna Nasir telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Mei lalu. Harini, bayi lelaki yang diberi nama Mohamad Emirhan Mohamad Hanif itu sudah mencecah usia 3 bulan. Menerusi hantaran di laman

Featured Tue, 2 Nov 2021

Bayaran i-Citra RM1,000 Mula Dikreditkan November Ini, Jom Semak Tarikh Bayaran & Status Permohonan

Untuk makluman, bayaran i-Citra bagi bulan keempat iaitu November 2021 bakal dilaksanakan pada awal bulan ini. Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 juga telah bermula pada bulan Ogos lalu dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh lima

Hiburan Sat, 18 Nov 2017

Siapa Mr N Di Hati Kaka?

Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai Kaka selepas putus dengan Rody suatu ketika dulu. Baru-baru ini, Kaka membuka mulut mengenai hubungan baru dengan seorang jejaka baru dalam hidupnya. Sudah dua tahun kami mengenali, tetapi

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Alvin鍾瑾桦首战「一镜到底」拍摄!仅NG 18次

Alvin鍾瑾桦首次挑战「一镜到底」拍摄MV !导演还称赞Alvin非常有镜头感,拍摄仅NG 18次。

Trending Tue, 2 Jun 2020

Semua Taska Dibenarkan Beroperasi, Perlu Patuh SOP

Perhatian buat ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah taska..

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal luar biasa bagi Neelofa & keluarga tahun ini…

Events Sat, 12 Oct 2019

Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Wah, kita doakan yang baik-baik buat pasangan dua sejoli ini okay!

| Live TV