Rangkul Gelaran Juara & Vokal Terbaik AJL 37, Aina Abdul Berbelanja RM90,000 Untuk Terus Hidup

Persembahan luar biasa juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37, Aina Abdul di pentas Axiata Arena, Bukit Jalil berlangsung malam tadi sehingga kini masih hangat menjadi perbualan ramai.

Selain bergelar juara, Aina yang mempertaruhkan lagu Terus Hidup juga berjaya merangkul trofi vokal terbaik AJL 37 buat kali kedua.

Menurut Aina, dia sangguh berbelanja kira-kira RM90,000 termasuklah dari busana, props kepulan awan putih demi kepuasan dan untuk menyerlahkan maksud tersirat dalam lagu Terys Hidup.

“Saya tak nafikan untuk AJL 37 ini saya banyak berbelanja. Saya dapat rasa instinct yang lagu Terus Hidup ini sangat istimewa dalam hidup saya. Saya berbelanja agak banyak dari segi baju, awan, dan segalanya yang anda lihat tadi.

“Saya mahukan sesuatu hasil yang berbaloi. Jadi saya tahu saya kena melabur untuk diri saya dan team saya Aina Abdul Entertainment kerana saya membawa semangat team saya hampir 30 orang.

Di kesempatan itu, Aina meluahkan rasa syukur atas kemenangannya itu berkat doa ibu dan peminat-peminatnya.

“Alhamdulillah, usaha untuk kali keempat ini membuahkan hasil yang sangat sangat indah bagi saya. Di awal persiapan saya untuk AJL 37, saya memang ada harapan yang sangat besar untuk Terus Hidup.

“Saya tak akan tipu. Saya memang nak sangat merasa kemenangan ini. Alhamdulillah, berkat doa ibu yang menonton dari rumah dan juga berkat doa-doa peminat saya. Kemenangan ini adalah untuk mereka dan arwah bapa saya,” katanya ketika ditemui di sidang media AJL 37.

Busana berwarna putih yang diperagakan oleh Aina pada malam berprestij AJL 37 itu adalah hasil rekaan pereka fesyen tersohor, Melinda Looi.

Kejayaan lagu Terus Hidup ciptaan sepenuhnya membuahkan hasil lumayah buat Aina yang berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi selepas bergelar Juara AJL 37.

Selain itu, Aina turut merangkul gelaran Vokal Terbaik AJL 37 dan membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Artikel Berkaitan: AJL 37: Mencari Asal Usul ‘Aina Abdul’ Yang Jauh Menghilang Antara Persediaan Terus Hidup – “Saya Rasa Tak Jujur…”

Artikel Berkaitan: AJL 37: Dedikasi Persembahan Terus Hidup Untuk Arwah Bapa, Aina Abdul Dedah Makna Sebenar Disebalik Tema Kepulan Awan – “Sebenarnya Ada 3 Transisi Berbeza…”

Artikel Berkaitan: AJL 37: Mega! Persis Kepulan Awan, Busana Aina Abdul Buat Ramai Terkesima – “Semua Perfect!”

Artikel Berkaitan: AJL 37: Ketua Juri Dedah Ernie & Marsha Pesaing Terdekat Vokal Terbaik, Aina Abdul Tak Rasa Kalahkan Pesaing – “Saya Peminat Mereka, Kemenangan Adalah Rezeki”

Aqilah Paharuzi

Recent Posts