“Rasa Hormat Kat Laki Kau Mana?” – Simpan Banyak Bukti, Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Tak ‘Move On’?

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda dilihat memuat naik hantaran di Instagram Storiesnya mendakwa dirinya pernah diperlakukan ‘sesuatu’ oleh bekas madunya, Intan Saleh.

Malah, Izreen menyatakan bahawa tahap kesabarannya mempunyai had kerana orang ramai memandangnya buruk selama ini kerana bergelar perampas, namun dia hanya berdiam diri.

Bukan itu sahaja, Izreen turut mendakwa bahawa Intan masih tidak ‘move on’ kerana memuat naik gambar bekas suaminya, Ude Wahid dan menganggap tindakan Intan tersebut tidak menghormati suami baharunya, Aizam.

Kata Izreen lagi, dia meminta untuk menyelesaikan segala masalah secara berdepan berbanding di media sosial, namun sering ditolak.

Tambah, Izreen meminta Intan untuk tidak berilusi mengatakan orang yang mengganggu kehidupannya.

Izreen juga dilihat menyatakan bahawa dia menyimpan banyak ‘bukti’ yang boleh diberikan kepada suami Intan dan juga ke mahkamah.

Lagi, Izreen turut menyatakan pasangan yang sudah lama berkahwin pun belum tentu kenal pasangan masing-masing dan meminta orang ramai untuk berserah kepada Allah.

Atiqah Johari