Raya All Out! Tampil Barisan Artis Ternama Negara Sempena Aidilfitri

Setelah negara berdepan dengan krisis pandemik sejak dua tahun lalu, pelbagai aktiviti perayaan terpaksa dibatalkan termasuklah sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Namun, penantian itu berakhir pada tahun ini setelah negara kembali dalam fasa endemik. Dan, semestinya sambutan Aidilfitri kali ini antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.

Bagi menghidupkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri 2022, syarikat rakaman Universal Music Malaysia bakal melancarkan lagu raya nyanyian barisan artis ternama negara dalam album Raya All Out.

Antaranya ialah,  Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Yonnyboii, Dolla, Kmy Kmo, Luca Sickta, Sophia Liana dan Hannah Delisha.

“Tahun ini pihak Universal Music Malaysia ingin mewarnai kemeriahan hari raya dengan memberi ‘mood’ raya, 

“Kita kena rasai seperti dulu lagi. Jadi, kami di Universal Music menyajikan lagu-lagu raya yang baharu dan menarik untuk menemani anda sepanjang jalan balik kampung dan memeriahkan suasana raya anda di kampung,” katanya.

Lagu raya baharu yang bakal dilancarkan itu sesuatu yang cukup istimewa kerana ada antara artis yang sudah lama tidak merakamkan lagu raya seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.

Jadi, biarlah raya kali ini kita semua ‘all out’ selepas dua tahun tidak melaluinya dengan karya terbaharu daripada pihak Universal Music Malaysia.

Salma Syahbuddin

Recent Posts