‘Raya Hey Raya’ Serlahkan Bakat Amad Fadhlin & Chaca Trisha

Penyanyi Amad Fadlin dan Chaca Trisha tampil bergandingan menerusi lagu raya yang berjudul, Raya Hey Raya buat pertama kali.

Lagu itu merupakan hasil ciptaan dan nukilan Eppy Xpose bersama Nopi, Amad Fadlin dan juga Wan Iz.

Untuk info, Chaca merupakan penyanyi di bawah naungan syarikat Suria Records yang baru berusia 16 tahun.

Difahamkan, muzik video ‘Raya Hey Raya’ yang mengambil masa hampir dua hari untuk proses suntingan itu bakal dilancarkan di Youtube Suria Records tidak lama lagi.

Namun, orang ramai boleh mendengar lagu “Raya Hey Raya” menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX dan Spotify.

 

Fatin Nurain