Hiburan By: Padin December 13, 2021 @ 3:02pm

Realisasi Impian Jadi Penyampai Dengan Hot FM Radio Star

Berminat untuk menjadi seorang penyampai radio? Hot FM baru-baru ini telah melancarkan satu kempen iaitu Hot FM Radio Star!

Kempen inisiatif kerjasama di antara Hot FM dan Supercube ini bertujuan untuk mencari bakat baharu sebagai penyampai radio.

Hot FM Radio Star ini telah pun bermula pada 6 Disember lalu, di mana orang ramai tidak kira selebriti, pemain bola sepak, penghantar makanan atau sesiapa saja boleh menghantarkan penyertaan mereka kerana ia terbuka kepada orang ramai.

Platform media sosial seperti Instagram dan TikTok digunakan sebagai saluran untuk orang ramai menghantarkan penyertaan mereka, mereka perlu memuat naik demo video duet mereka bersama penyampai radio Hot FM Rakyat Rangers iaitu Fara Fauzana, AG atau Fad. Mereka juga perlu tag Hot FM di Instagram (@hotfm976) dan TikTok (@hotfm976_), dan perlu sertakan dua tanda pagar iaitu #HotFMRadioStar dan #SupercubeCaraSaya.

Hanya 10 orang peserta sahaja yang akan layak ke pusingan seterusnya. Keputusan siapakah yang akan menjadi 10 orang peserta Hot FM Radio Star akan diumumkan pada 17 Disember ini. 10 orang peserta ini akan melalui pelbagai cabaran antaranya tugasan berkumpulan, tugasan membuat Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dan voice over, membuat talkset bersama Zetty dan banyak lagi.

Kemuncak Hot FM Radio Star akan diadakan pada 31 Disember ini dan hanya 5 orang peserta yang akan layak ke peringkat akhir. Mereka akan dinilai berdasarkan 2 pecahan markah iaitu 30% undian orang ramai dan 70% daripada Hot FM Rakyat Rangers iaitu Fara Fauzana, AG & Fad dan pihak pengurusan Hot FM.

Wang tunai bernilai RM10,000 dan kontrak selama setahun bersama Hot FM bakal dimenangi oleh mereka jika bergelar juara Hot FM Radio Star. Manakala, tempat kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan tempat ketiga RM2,000.

Hot FM boleh didengarkan menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

CELEBRITIES ARE SLAMMING LOGAN PAUL FOR HIS VIDEO OF SUICIDE VICTIM IN JAPAN

Logan Paul recently posted a vlog of his trip to the Aokigahara Forest in Japan and proceeded to make fun of a suicide victim when he discovered the body. This has lead to severe backlash. Even celebrities are extremely upset about his actions.

Hiburan Wed, 18 May 2022
Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Featured Tue, 13 Sep 2022

Didakwa Pukul Anak Guna Penyangkut Baju, Bapa Pelakon Remaja Disambung Reman

Bapa pelakon remaja terbabit dirujuk di IPD Shah Alam susulan satu laporan baru yang dibuat oleh mangsa.

Trending Fri, 21 Sep 2018

Got mouth ulcers? Try these 5 home remedies proven to relieve those painful sores FAST!

Fact: Mouth Ulcers are more commonly found in women than men!

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Thalia Mentor Bengang Facebook Kena Godam

Erk, siapa punya kerja pulak ni?

Events Tue, 30 Oct 2018
Trending Mon, 16 Nov 2020

| Live TV