Hiburan By: Padin January 6, 2022 @ 12:49pm

Realisasi Konsert Nafas Cinta, Khai Bahar Ubati Kekecewaan Peminat

Konsert sulung penyanyi Khai Bahar yang dijadual berlangsung pada Mac tahun lalu dibatalkan selepas ia tertunda lebih setahun ekoran penularan wabak Covid-19 selain aktiviti persembahan dan konsert tidak dibenarkan sepanjang pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berita pembatalan konsert penyanyi yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) menerusi lagu duet Nafas Cinta bersama Aina Abdul ini sepatutnya diadakan di Istana Budaya itu sedikit sebanyak mengundang kesedihan penyanyi yang mencipta nama menerusi aplikasi Smule itu.

Apatah lagi, kebanyakan peminat sudah teruja untuk menyaksikan artis kesayangan mereka beraksi di pentas ternama itu.

Namun, kekecewaan itu bakal terubat apabila Khai, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin kembali menjayakan Konsert Nafas Cinta Khai Bahar pada 12 Februari ini.

Konsert anjuran syarikat Nova Music itu bakal diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama.

Khai yang popular menerusi lagu Bayang, Dari Jauh Saja, Luluh dan banyak lagi berkata, dia teruja dan terharu apabila pihak Nova Music memilih dirinya untuk menjayakan konsert tersebut.

“Apabila saya mendapat tawaran mengadakan konsert di Istana Budaya, bagi saya ia satu peluang keemasan. Namun, perancangan Allah SWT itu lebih baik.

“Saya menganggap belum ada rezeki untuk buat konsert apabila ia terpaksa dibatalkan atas faktor tertentu dan selepas berbincang dengan semua pihak biarpun ketika itu sudah banyak persiapan dilakukan. Apa pun saya memandang ia dari sudut positif.

“Saya juga percaya setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran daripada pihak Nova Music yang mahu menganjurkan konsert saya. Kata orang, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Pelawaan itu saya anggap rezeki buat saya. Selepas membuat perbincangan, pasukan saya bersetuju untuk membuat konsert Nafas Cinta Khai Bahar ini,” katanya.

Menurut Khai juga pemenang tiga kali kategori Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) menyifatkan penganjuran Konsert Nafas Cinta Khai Bahar itu dapat mengubat kerinduan dan kekecewaan peminatnya.

“Diakui ramai sedih dan kecewa apabila konsert yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya dibatalkan. Saya pun tidak tahu nak memberi reaksi macam mana, sebab saya sendiri juga sedih. Macam dikatakan, saya anggap ia belum rezeki.

“Namun, kehadiran Konsert Nafas Cinta Khai Bahar ini saya harap dapat mengubat kesedihan mereka. Saya bersama pasukan dan pihak penganjur akan cuba memberikan yang terbaik. Biarpun lokasi persembahan tidak dapat memuatkan jumlah yang ramai, sekurang-kurangnya impian dan hasrat saya serta peminat untuk menjayakan persembahan berskala besar tercapai.

“Tipulah jika dalam kerjaya seseorang penyanyi dia tidak mengimpikan sesuatu yang besar dalam karier seni. Begitu juga saya yang mana mengadakan konsert ini satu daripada cita-cita yang belum tercapai. Jadi, doakan semoga segala perancangan menuju konsert ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Konsert Nafas Cinta Khai Bahar bakal diadakan secara hybrid fizikal dan virtual live. Ini membolehkan bukan sahaja peminat Khai Bahar dari Lembah Klang berpeluang untuk menonton konsert ini, malah peminat beliau dari seluruh Malaysia dan rantau Asia.

Selain Khai, konsert ini menampilkan rakan duet Khai, Aina Abdul dan Ratu Soundtrack, Adira Suhaimi sebagai penyanyi jemputan.

Tiket tontonan konsert secara fizikal yang dijual dengan harga RM189.90 boleh dibeli di ONETIX dengan melayari https://onetix.com.my/ manakala tiket tontonan konsert secara virtual boleh di beli dengan melayari https://www.cloudtheatre.com/my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] Tak Guna ‘Cable’ Bapa! Danish Hakim Tetap Prinsip Elak Babak Bersentuhan & Jaga Solat Awal Waktu

Wowww, Danish Hakim beranikan diri sertai program realiti Fit For Action! Cayalah, teruskan legasi Norman Hakim & Abby Abadi dalam bidang lakonan gituuu 🤩 🤩

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

AJL32 : SYAMEL ‘NERVOUS’ LIHAT PERSEMBAHAN FINALIS LAIN

Ketika ditanya sama ada Syamel akan meneruskan projek duet bersama Ernie lagi selepas ini, Syamel menyatakan kesudiannya jika diizinkan- Nya…

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Sertai Misi Kemanusiaan, Ardell Aryana Terbang Ke Syria

Semoga dipermudahkan urusan buat Ardell dan suami di sana nanti!

Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Hiburan Fri, 6 Jul 2018
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Kantoi! Zul Ariffin Dengan Siapa Tu Dalam Bilik Hotel

Kontroversi semakin panas nampaknya apabila, kedua-duanya dilihat saling membalas komen dan memuat naik beberapa gambar yang berlatar-belakangkan suasana yang sama

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Police Have Ruled Out Autopsy On Cha In Ha’s Body To Respect His Family Wishes

police have also asked the public not to spread rumors…

| Live TV

error: Content is protected !!