Rebirth! Nombor Bilik Daiyan Trisha Di Makkah Seakan-Akan Beri Petunjuk – “Asalnya Tu Bukan Bilik Saya…”

Penyanyi dan pelakon cantik, Daiyan Trisha berkongsi pengalaman indahnya semasa menjalani ibadah umrah di kota suci Makkah bersama ibunya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, bilik hotel yang didiaminya seakan-akan sudah ditakdirkan buatnya dimana nombor tersebut sama dengan tarikh hari jadinya.

Pada asalnya, dia ditempatkan di bilik lain namun kunci untuk masuk ke dalam bilik itu tidak berfungsi dan terpaksa pindah ke bilik yang kedua.

“My room number. You guys know I’m heavy on angel numbers and it’s my number! Funny thing is it wasn’t even supposed to be this room.

“We couldn’t access the first room. Tried twice. Change the room card twice,” kongsinya.

Menurut ibunya, nombor tersebut seperti memberi petunjuk kepada Daiyan bahawa dirinya kembali lahir semula.

“And when we got to the second room, mummy went, ‘Adik, your number! Rebirth’,” ujarnya.

Selain itu, Daiyan turut bersyukur dapat merasai pengalaman empat kali hujan sepanjang berada di Makkah.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, Daiyan dan ibunya sudah selesai mengerjakan ibadah umrah dan telah berangkat pulang ke Malaysia, malam tadi.

Maya Basir