Featured By: Atiqah Johari September 23, 2022 @ 8:15pm

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Pelakon Haeriyanto Hassan, 51, akui reda jika tawaran berlakon semakin kurang diperoleh selepas diserang angin ahmar ringan pada Februari lalu.

Susulan itu, Haeriyanto turut memaklumkan bahawa dia tidak mahu terlalu bergantung pada bidang seni dan mahu memberi fokus terhadap kesihatannya.

“Saya sudah bersedia dan tidak mahu terlalu bergantung sangat pada bidang seni. Saya mahu lebih fokus kepada kesihatan yang mana saya masih perlu pulihkan kekuatan fizikal,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama Kampung People ini juga menyatakan kesihatannya semakin baik namun masih terdapat bahagian tubuh badan yang masih lemah dan dia tidak boleh melakukan adegan lasak jika diperlukan.

“Secara fizikal, memang makin pulih, wajah saya tak senget, suara pun okey, tapi tangan kiri saja masih lemah. Jadi, kalau saya berjalan, adalah nampak sedikit cacat. Saya memang tak boleh lakukan babak-babak lasak.

“Disebabkan itu saya akur kalau tidak ramai produksi panggil saya. Tapi alhamdulillah, KL Motion tetap ingat saya dan bakal menjalani penggambaran untuk drama mereka Kampung People 3 pada minggu hadapan,” katanya kepada Harian Metro.

Ujarnya lagi, penggambaran drama Kampung People 3 ini merupakan percubaanya untuk melihat kemampuan dan ketahanan dirinya sebelum menerima banyak tawaran berlakon.

“Inilah masa untuk saya cuba lihat tahap stamina untuk berada di set lakonan. Lagipun, penggambaran kali ini agak menyenangkan sedikit kerana dekat dengan rumah.

“Berdasarkan kemampuan saya menjalaninya nanti, barulah tengok kalau boleh kembali rancak terima tawaran,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Haeriyanto juga berkongsi bahawa berat badannya turun mendadak daripada 85 kilogram kepada 69 kilogram selepas diserang angin ahmar dan tidak mengetahui bahawa dia menghidap darah tinggi.

“Saya cuma tahu ada penyakit itu selepas diserang strok. Saya sendiri sebelum ini pun memang tidak pernah mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara formal.

“Sepanjang di hospital, selera makan saya menurun sehingga berat badan pun susut. Daripada sudut positifnya, baguslah kerana kalau tak sakit memang nak diet itu susah.

“Saya berterima kasih kepada keluarga kerana mereka juga bantuan kesihatan dan kewangan datang tepat pada masanya sepanjang rawatan. Ada juga rasa ‘down’ tapi kebanyakan masa saya memang kuatkan mental untuk sembuh,” luahnya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Aug 2023

9 Tahun Menanti Zuriat, Siti Elizad Syukur Keluarga Tak Pernah Tanya Soal Anak

InshaaAllah moga ada rezeki untuk Elizad dan semua yang menanti zuriat😥

Featured Tue, 24 Dec 2019

Ketahui istilah cantik Oki Setiana Dewi untuk wanita

Perkongsian ilmu Oki bermanfaat untuk dihayati!

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Demi Anak-Anak, Fasha Mohon Maaf Kepada Nora

Hubungan anak-anak sangat rapat. Tak manis memperlihatkan kepada anak- anak yang kami bergaduh… damai merupakan jalan terbaik. Terbaiklah Fasha, semoga urusan pendamaian dipermudahkan!

Featured Sun, 2 May 2021

“Sanggup Layan Mengaji Dalam Telefon”- Fouziah Gous Luah Rasa Syukur Dapat Khatam Al – Quran

Pelakon Fouziah Gous meluahkan rasa syukur tidak terhingga apabila  berjaya khatam Al-Quran pada hari Nuzul Al-Quran, Khamis lalu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fouziah dilihat tampil manis dan sopan berpakaian serba putih di sisi ustazah beliau. “Alhamdulillah, […]

Featured Tue, 16 Aug 2022

Sepupu OKU Hilang Sejak 13 Ogos, Mizz Nina Mohon Doa & Bantuan Ramai

Allahuakbar 😭 Min harap urusan pencarian sepupu Mizz Nina akan dipermudahkan. Jom sama sama kita doa gais 🥹🥹

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

Sajat Takut Jumpa Wartawan?

Nampaknya majlis pelancaran Nur Sajat Rated Xtra ni turut mendapat perhatian para media. Mungkin inilah sebabnya Sajat takut kerana, beliau bakal ‘diserang’ dengan soalan-soalan panas oleh wartawan tempatan kita

error: Content is protected !!