Remix Lagu Jisoo Blackpink ‘Flower’ & Air Pasang Pagi, Pemuda Ini Bikin Netizen Berdekah – “Slay! Boleh Buat Dikir Barat Ni!”

Selepas kejayaan ahli kumpulan lain menghasilkan album solo masing-masing, kini giliran Jisoo Blackpink pula tampil dengan single terbaharunya berjudul Me yang turut memuatkan lagu popularnya seperti Flower dan All Eyes On Me yang dilancarkan pada 31 Mac lalu.

Dan, sehingga kini video muzik tersebut telahpun meraih 90 juta tontonan hanya di laman Youtube sahaja.

 

Menyedari populariti lagu tersebut semakin mendapat sambutan dalam kalangan peminat K-Pop tempatan, individu yang dikenali sebagai @delailaandazim ada berkongsi sebuah video di TikTok miliknya memaparkan seorang lelaki tampil menjadikan lagu Flower dari Jisoo itu sebagai remix bagi lagu ‘Air Pasang Pagi’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut akaun tersebut terhibur dan sama sekali tidak menyangka pemuda ini mampu menggubah lagu Flower tersebut menjadi lagu kanak-kanak.

Malah, ada dalam kalangan kelab peminat Blackpink (Blink) yang mahu remix ini dijadikan sebagai ‘fan chant’ buat Jisoo sekiranya kumpulan itu kembali ke Malaysia untuk siri jeljaha konsert mereka akan datang.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 800,000 tontonan dan menerima lebih 100,000 komen dari warganet yang terhibur dengan aksi spontan dan kreatif pemuda berkenaan.Selepas kejayaan ahli kumpulan lain menghasilkan album solo masing-masing, kini giliran Jisoo Blackpink pula tampil dengan single terbaharunya berjudul Me yang turut memuatkan lagu popularnya seperti Flower dan All Eyes On Me yang dilancarkan pada 31 Mac lalu.

Dan, sehingga kini video muzik tersebut telahpun meraih 90 juta tontonan hanya di laman Youtube sahaja.

 

Menyedari populariti lagu tersebut semakin mendapat sambutan dalam kalangan peminat K-Pop tempatan, individu yang dikenali sebagai @delailaandazim ada berkongsi sebuah video di TikTok miliknya memaparkan seorang lelaki tampil menjadikan lagu Flower dari Jisoo itu sebagai remix bagi lagu ‘Air Pasang Pagi’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut akaun tersebut terhibur dan sama sekali tidak menyangka pemuda ini mampu menggubah lagu Flower tersebut menjadi lagu kanak-kanak.

Malah, ada dalam kalangan kelab peminat Blackpink (Blink) yang mahu remix ini dijadikan sebagai ‘fan chant’ buat Jisoo sekiranya kumpulan itu kembali ke Malaysia untuk siri jeljaha konsert mereka akan datang.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 800,000 tontonan dan menerima lebih 100,000 komen dari warganet yang terhibur dengan aksi spontan dan kreatif pemuda berkenaan.

Salma Syahbuddin