Categories: HiburanSelebriti

REMY ISHAK KONGKONG TUNANG?

Bagi Remy Ishak, dia bukanlah mengongkong tunangnya itu, cuma apa yang terbaik setakat ini adalah supaya tunangnya (Ezza) tidak terlalu memikirkan gosip mengenai dirinya.

Tunang Remy Ishak menjadi perhatian di media sosial apabila ada pihak yang menyebarkan berita kononnya, Ezza Yusof pernah berkahwin dan mempunyai anak. Namun, Ezza menyangkal sama sekali dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dirinyaitu tidak pernah berkahwin langsung.

“Selalunya, saya berpesan kepada Ezza supaya jangan layan sangat apa orang luar kata dan tak perlu nak keluarkan sebarang kenyataan yang dirasakan kurang sesuai untuk dikongsi. Niat saya bukan mengongkong tapi cuma nak elakkan salah faham dan tak mahu dia fikirkan tentang gosip begini. Biarlah saya seorang yang lalui.” jelasnya

 

 

Namun, kali ini Remy tampil memberikan statement mengenai status tunangnya itu. 

“Sebelum ini pun ada juga keluar gosip mengatakan tunang saya merupakan seorang janda. Tetapi sekarang orang cakap dia pernah berkahwin dan ada seorang anak pula sedangkan ia tidak benar sama sekali”

Ditanya mengenai perancangannya untuk berkahwin, Remy berkata ia adalah perkara yang tidak diketahui lagi buat masa ini. Tetapi, bagi Remy dia bersyukur kerana tunangnya itu sentiasa memahami dirinya dan tidak mendesak untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Bukan mahu buat majlis besar-besaran pun. Tetapi kalau mahu kahwin, ia memang memerlukan persiapan rapi terutama dari aspek kewangan.  Lagipun saya bukannya orang senang, jadi sekarang kumpul dahulu wang dan serahkan segalanya kepada keizinan Tuhan untuk menentukan masa yang tepat kerana saya selalu percaya kepada jodoh.” Katanya

Kepada netizen diluar sana, janganlah selalu membuat spekulasi pada sebarang info tanpa usul periksa. Kesian dekat artis kesayangan korang. Buat Remy Ishak dan Ezza Yusof, kami di xtra.com.my sentiasa mendoakan yang terbaik buat korang berdua.

Salma Syahbuddin