Hiburan By: Salma Syahbuddin January 8, 2019 @ 4:24pm

Remy Ishak Takut Terlalu Kerap Digandingkan Bersama Mira Filzah

Pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Pujaan Hati Kanda (PHK)  ini pernah memberitahu bahawa sudah tiba masanya dia memilih heroin dalam drama selepas sedekad bergelar pelakon.

Bagi Remy, walaupun beberapa kali digandingkan bersama pelakon baru, dia akan tetap memberikan yang terbaik bagi menghidupkan watak yang diberikan.

Justeru itu, apabila digandingkan bersama-sama Mira Filzah, Remy mengakui gandingan ini terlalu serasi sehingga kadang-kadang menyebabkan beliau sendiri merasa takut apabila kerap digandingkan bersama.

Sumber : Instagram @remyishak

Saya akui saya dan Mira terlalu sering digandingkan. Namun sedikit takut kerana takut ter-over shadow dengan watak yang sebelumnya” Katanya ketika ditemui semasa penggambaran Pujaan Hati Kanda yang lalu.

Wah, tak sangka pula dalam drama Pujaan Hati Kanda Danny bukan main lagi suka mengusik Tiara kan? Rupa-rupanya takut eyh?

Apapun, buat korang yang tengah kemaruk menonton drama PHK yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia, TV3 ini, jangan risau sebab korang boleh menonton semula drama tersebut menerusi www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sun, 10 Apr 2022
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Fri, 28 Jul 2023
Trending Tue, 16 Jun 2020
Featured Fri, 23 Dec 2022

Kongsi Video Kemas Bilik Belajar, Ramai Jadikan Intan Najuwa Sebagai Inspirasi

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pelakon Intan Najuwa sedang mengemas bilik belajarnya. Menerusi hantaran tersebut, Intan sedang mengemas segala buku-buku belajarnya dalam keadaan tersusun. Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah […]

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

蔡琴《2019有琴有艺》云顶演唱会!常青名曲608共庆父亲节

蔡琴重返大马开唱!6月8日在云顶举办《2019有琴有艺》演唱会,与歌迷共庆父亲节。