Featured By: Fatin Nurain November 16, 2022 @ 2:47pm

Rezeki Datang Bergolek! Sakinah Ondu Dipelawa Erma Fatima Berlakon Gara-Gara…

Pempengaruh Sakinah Ondu memaklumkan dirinya telah dipelawa untuk berlakon dalam sebuah video teaser arahan Erma Fatima.

Menurut Sakinah atau nama sebenarnya Mohd Shahrizan Tahir, 27, tawaran itu datang sejurus dia membuat live bersama pengarah itu di TikTok, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lawak Habis! Gelagat Sakinah Ondu Jadi Erma Fatima Undang Tawa Warganet – “Hilang Habis Stres”

Pendedahan tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Sakinah menerusi ruangan ‘Direct Message’ di Instagram XTRA.

Dalam pada itu, Sakinah juga menyatakan perasaan gembira dan takutnya apabila tawaran itu datang daripada pengarah yang sangat disegani itu.

Malah, dia juga turut berkongsi segala pesanan yang pernah diberikan oleh pelakon Que Haidar berkaitan industri hiburan tanah air.

“Saat tawaran ini datang dari Kak Erma Fatima sendiri, perasaan saya sendiri bercampur gembira dan takut. Sebelum ini, abang Que Haidar banyak bagi nasihat bahawa industri seni ini sangat banyak cabaran tidak seindah seperti yang dikhabarkan.

“Bila menceburkan diri dalam bidang lakonan ini pastinya memerlukan komitmen yang 100%, disiplin yang 200%. Apa lagi bila terlibat dengan bintang yang legend seperti ini pasti ada disiplin yang luar biasa.

“Mungkin ini adalah sesuatu yang baru untuk tempuh dan belajar. Pastinya saya nervous apa lagi bila akan berganding dengan Erma Fatima,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Sering membuat live bersama Que Haidar di platform TikTok, Sakinah juga menyifatkan perkara itu menjadi punca rezekinya mula berkembang luas dalam industri seni lakonan tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat Que Haidar & Sakinah Ondu Di TikTok Jadi Tumpuan Netizen

Pempengaruh itu juga memaklumkan bahawa dirinya sudah lama disapa oleh Erma sejak videonya yang melakonkan pelbagai watak itu tular dan menjadi perhatian ramai.

“Sebenarnya saya sudah lama diperhati saat saya mula berlakon dengan Que dan bila artikel pertama saya keluar yang saya boleh jadi banyak watak.

“Pada mulanya, memang saya dikhabarkan sudah berniat untuk mengambil saya. Bila saya buat live dengan Erma Fatima, masa tulah dia menyatakan hasratnya untuk mengambil saya shooting dalam sebuah teaser. Saya harap ada rezeki dapat shoot ke episode yang lain juga,” jelasnya.

Sakinah juga menyatakan yang dia kini sudah bersedia untuk memberikan hasil karya yang terbaik, biarpun bakal berdepan dengan pelbagai cabaran selepas ini.

“Pastinya tidak mudah untuk bawak semua watak dalam satu drama. Lebih-lebih lagi saya takut jika lakonan ini bakal menjadi kontroversi. Tapi Erma Fatima pesan supaya bersiap sedia dari segi mental dan berehat secukupnya.

“Dari segi persediaan dari diri saya, since ini pengalaman pertama saya hanya sediahkan apa yang saya dapatkan sediakan seperti hafal skrip dan kostum macam yang diminta,” katanya.

Setakat ini, pempengaruh itu juga tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai karya yang bakal dilakonkan olehnya nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 28 Jun 2021
Featured Mon, 26 Apr 2021

Adira Suhaimi Kini Berniqab?

Setelah pengacara, Noor Neelofa tampil berniqab tahun lalu, penampilan tersebut ternyata memberi impak kepada orang ramai. Beberapa rakan artis seperti Yatt Hamzah turut memuat naik foto berniqab sebagai sokongan buat pengacara itu walaupun tidak mengenakan […]

Featured Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Nabila Huda Beraya Tanpa Anak

Netizen jangan tanya mana Keisha pergi tahun ni ok?

Trending Mon, 1 Aug 2022

“Paru-Paru Ada Tar, Dah Rosak” – Alif Satar Dedah Pesakit COVID-19 Merokok Terima Rawatan Berbeza

Alif Satar mendedahkan pesakit COVID-19 yang merokok dirawat dengan cara berbeza.

Featured Fri, 28 Sep 2018

Tidur Pakai Stokin Tabiat Terbaik Untuk Menjaga Kesihatan!

Pemakaian stokin boleh membantu untuk tidur lebih cepat.

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Impian Beli Rumah, Kereta Mewah Tercapai

Berkat kesungguhan dan doa dari ibu bapa, apa yang diimpikan akhirnya tercapai juga untuk membalas jasa orang tua