Categories: HiburanTrending

Rezeki Mencurah Selepas Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling Kini Dilamar!

Pelakon Anna Jobling mengakui drama bersiri Melur Untuk Firdaus membuka banyak pintu rezeki kepada dirinya.

Menurut Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, naskhah yang menggandingkan dia bersama Meerqeen itu membuat orang ramai lebih mengenalinya sebagai bakat baharu.

“Selepas tamat Dewi Remaja pada 2019, saya sudah mula menceburkan diri dalam dunia hiburan. Syukur kerana tawaran itu sentiasa ada tapi saya belum mendapat karya yang benar-benar memperkenalkan nama saya dalam arena seni tempatan.

“Akhirnya, Melur Untuk Firdaus menjadi batu loncatan untuk saya lebih dikenali. Saya juga mengakui yang drama bersiri terbabit menjadi punca rezeki saya,” katanya.

Kini dilamar oleh pelakon dan usahawan Tya Arifin, Anna diangkat sebagai duta Jamu Mutyara.

“Alhamdulillah, perkara ini membuka kesempatan baharu kepada saya. Sejujurnya, saya tak sangka ia memberikan rezeki.

“Saya ingin berterima kasih kepada Tya kerana mempercayai saya dalam mewakili jenama jamu keluarannya itu,” kata Anna.

Tambah Tya pula, pemilihan Anna itu tepat selain mewakili wanita bekerjaya.

“Sekarang ini saya nampak Anna seperti saya sewaktu di Indonesia dulu. Dia bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya dan memerlukan banyak tenaga.

“Sebab itulah saya pilih dia dan Anna akan mewakilkan seorang wanita yang bekerjaya dalam masa sama dia memerlukan tenaga. Kerana kalau Anna atau orang lain di luar sana itu tak ada tenaga, mereka tak akan boleh sampaikan dengan baik apa saja kerja yang dibuat.

“Anna adalah wanita dan figura tepat untuk menjadi duta baru Mutyara kerana dia mencerminkan seorang wanita yang mempunyai banyak aktiviti dan memerlukan ‘energy booster’ atau tenaga tambahan harian iaitu Jamu Mutiara,” katanya.

Dalam masa sama, Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari, 28, menyifatkan Anna seorang yang mudah bekerjasama.

“Anna juga wanita yang bekerja keras dan senang nak bekerjasama. Itu antara sebab saya pilih Anna. Diharapkan juga dengan pelantikan Anna yang sekian lama kita tak ada duta, kami harap boleh melebarkan lagi kesan pengambilan jamu ini,” kata isteri kepada usahawan terkenal Asyraf Khalid itu.

Padin