Hiburan By: SGMS Faida April 8, 2019 @ 2:32pm

‘Rezeki Nak Kahwin’- Pemenang Drama Pendek DFKL 2019 Terkejut

Pemenang anugerah drama pendek di Drama Festival Kuala Lumpur 2019, Mohamad Edzuan menyifatkan kemenangannya sebagai rezeki kahwin yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Edzuan yang menghasilkan drama pendek berjudul ‘Orang Kita’ ketika ditemui sejurus pengumuman pemenang memberitahu dia terkejut memandangkan menerima saingan sengit.

“ Terkejut bila ‘Orang Kita’ diumumkan sebagai drama pilihan DFKL tahun ini. Tak sangka dengan konsep santai yang mengangkat drama bertema kemasyarakatan, ia dapat menambat hati pengundi.

“ Ini merupakan penyertaan pertama kami dari Arus Deras Productions dan tidak sangka karya kecil kami diiktiraf di sini,” kata pemuda berusia 34 tahun ini.

Tambah Edzuan, dia tidak pernah berniat menyindir ‘Orang Kita’ menerusi drama ini.

“ Banyak mesej yang saya ingin sampaikan dan bukan sindiran terhadap masyarakat yang suka menviralkan sesuatu berita tanpa usul periksa.

“ Dalam ‘Orang Kita’ saya mengetengahkan kisah masyarakat hari ini yang sepatutnya menyebarkan positiviti dan bukan hal-hal negatif,” katanya.

DFKL 2019 tahun ini mengangkat tema positif selalu dalam usaha menyampaikan mesej positif kepada rakyat Malaysia.

Kemenangan ‘Orang Kita’ melayakkan karya oleh produksi Arus Deras membawa pulang plag serta wang tunai berjumlah RM10,000. Tahniah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jul 2019
Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Mengaku Silap…Janna Nick Mohon Maaf!

Ambil positif semuanya.

Featured Thu, 15 Sep 2022

Bawa Watak ‘Sugar Mommy’, Fasha Sandha Sedia Dikritik – “Banyak Babak ‘Daring’, Penonton Kena Buka Minda”

Fasha Sandha kata dia tahu akan dikritik oleh Jabatan Netizen Malaysia (JNM). Tapi, adegan panas macam mana tu? Nantikan dalam drama bersiri Rampas Cintaku akan datang 23 September ini! 😚