Rezeki Tak Sehebat Kakak, Kawan Baik ‘Back Up’ Syada Amzah Kerja Macam Nak Mamp*s! – “Nak Suruh Dia Buat Apa, Salahkan Tuhan Ke?”

Rakan baik kepada penyanyi Syada Amzah iaitu dikenali sebagai Elcah menafikan dakwaan adik kepada Shila Amzah ini tidak bekerja dan hanya menumpang rezeki kakaknya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Elcah memberitahu Syada telah bersusah payah mencari kerja meskipun tidak mempunyai pendapatan seperti kakaknya.

“To those yang suruh aku pesan ke Syada pergi kerja, how do you know Syada tak kerja? Kau tak tahu dia macam nak mampos cari kerja, cari job sana sini.

“Usaha sana sini but Allah dah tetapkan disitu sahaja rezekinya tak sehebat kakaknya.

“Lepastu kau nak suruh Syada buat apa? Salahkan Tuhan ke? To me, this family is so kind. Cuma ada salah faham & misunderstanding adik beradik,” jelasnya.

Tambah Elcah, kehidupan mereka di media sosial dan realitinya berbeza seperti yang digambarkan.

Malah, dia turut berpesan untuk tidak menyerang ibu mereka, Fauziah Sarman yang telah bertalu-talu menimpa masalah keluarga.

“Social media ni apa yang korang nampak je, behind of that korang tak tahu pun. Kakak & adik ni baik.

“Aku cuma harap korang please stop sending hatred messages to Mak (mamazie) dia dah cukup tersiksa dan makan hati dengan kes sebelum ni.

“Please be kind guys, bagilah support sikit dekat mak. What if this happened to mak korang? Fikir tu je,” katanya.

Maya Basir