Hiburan By: SGMS Faida January 8, 2020 @ 2:06pm

Rindu Baitullah, Rabbani Bawa 250 Jemaah Tunai Umrah

Anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz memaklumkum mereka bakal tampil dengan single terbaharu berjudul Rindu Baitullah tidak lama lagi.

Sempena dengan pelantikan sebagai Ikon Sahabat Quran Malaysia Amazing Umrah Travel Sdn Bhd, Azadan memberitahu lagu berkenaan juga akan digunakan untuk sebuah program kembara di Tanah Suci.

“Insha Allah saya dan anggota kumpulan Rabbani akan bertolak ke Tanah Suci pada 21 Januari ini dan akan berada di sana selama tiga minggu.

“Untuk edisi pertama kali ini, kami akan bersama 25o jemaah yang lain mengerjakan Umrah termasuklah mengunjungi beberapa lokasi bersejarah termasuklah lokasi Al Quran diturunkan iaitu Mekah dan Madinah,” katanya kepada Xtra. 

Tambahnya, kunjungan mereka ke sana bakal dirakam dan ditayangkan dalam sebuah program khas bersempena Ramadan akan datang.

“Pakej Umrah kali ini amat istimewa kerana membawa misi besar Khatam & Tadabbur Al-Quran di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram yang dianjurkan oleh Sahabat Al-Quran Malaysia dan Amazing Umrah Travel Sdn Bhd,” katanya.

Sementara itu, Azadan memaklumkan dia baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Urusan agensi pelancongan berdaftar itu sejak tiga bulan lalu.

“Amazing Umrah Travel menawarkan pelbagai pakej pelancongan Islamik dalam dan luar negara.

“Sehingga kini kami telah membawa lebih 50 kumpulan dan hampir 2500 Sahabat Al Quran Malaysia berjaya menyempurnakan Misi Khatam Quran,” akhirinya.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Cara Remote PC dari Smartphone Android

mari guna remote dalam android nampak lagi memudahkan

Featured Sun, 11 Jun 2023

Disney In Concert: Live Your Dream Bakal Diadakan Di Genting Highlands!

Wahh Disney In Concert akan datang lagi Julai ni! 😍

Hiburan Fri, 18 May 2018

Farid Kamil Baru Sedar Kena Gam Sebab Lantang Bersuara

Kerana berlantang suara terus kena gam, kat mana silapnya.

Featured Thu, 8 Dec 2022
Featured Thu, 25 May 2023
Featured Mon, 10 Oct 2022

Terpaling Juara: Rahmad Mega, Kapten Hael Husaini Bergelar Juara!

Tahniah Rahmat Mega! Otai yang Terpaling Juara!! Alhamdulillah rezeki di hari penuh barakah ini