Hiburan By: Padin August 20, 2022 @ 5:53pm

Rindu Bidang Lakonan, Tya Arifin Tak Terfikir Nak Guna Kontroversi Untuk….

Pelakon yang kini bergelar usahawan, Tya Arifin mengakui dia merindui kerjaya sebagai seorang pelakon.

Kini fokus dalam menguruskan bisnes dan keluarga, Tya mungkin akan mempertimbangkan tawaran lakonan jika mendapat naskhah sesuai.

“Berlakon memang minat saya. Memang saya rindu untuk berlakon tetapi sekarang saya memberikan fokus dalam bidang perniagaan.

“Kali terakhir saya tampil di kaca televisyen adalah menerusi telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang bersiaran enam tahun lalu. Insya-Allah mungkin saya akan kembali berlakon jika dapat tawaran yang sesuai.

“Kalau ada telefilem atau filem, mungkin saya akan pertimbangkan tetapi untuk menerima tawaran drama bersiri, saya mungkin menolaknya kerana komitmen masa. Saya perlu fokus terhadap bisnes dan menguruskan keluarga,” katanya.

Tya ditemui di majlis pelancaran produk dan memperkenalkan duta terbaharu produk Mutyara, Anna Jobling di Wisma Mutyara di Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tya juga tidak terfikir untuk melakukan gimik sensasi seperti menggunakan aset tubuh serta fizikal sebagai tarikan utama untuk menjual produk jamu miliknya.

Tak sanggup terpalit kontroversi, Tya bagaimanapun menghormati setiap susun atur ‘marketing’ yang dibuat sesetengah pengasas produk kecantikan bagi meraih perhatian pengguna.

“Semua orang berbeza. Saya hormati pengasas lain. Mereka ada cara tersendiri, begitu juga saya. Setiap peniaga ada sasaran tersendiri, saya juga sama.

“Saya tak mahu fikir orang lain kerana mahu fokus terhadap produk sendiri. Saya tahu kualiti yang saya bawakan dan saya tak mahu meniaga sekejap sahaja, saya mahu berbisnes dalam tempoh masa yang lama,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Dec 2021

3 Tahun Berkahwin, Shila Amzah Fail Cerai

Penyanyi Shila Amzah, 31, mengejutkan ramai dengan berita dia sudah memfailkan perceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya pada Selasa.

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Penantian 20 Tahun, Exist Kembali Kongsi Pentas

Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Exist, Ajai mengesahkan kumpulan itu bakal membuat konsert reunion tahun ini. Selepas 20 tahun tidak mengadakan persembahan bersama, Ajai dan ahli kumpulan lain bakal mengubati kerinduan peminat dalam konsert itu

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

“Saya Taknak Sorok Benda Baik” – Nelydia Senrose

Nelydia Senrose katanya ingin mendirikan rumah tangga bersama jutawan muda, Hafiz. Layari www.xtra.com untuk lebih lanjut….

Featured Fri, 22 Oct 2021
Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Emma Maembong Tak Tolak Jodoh Walaupun Sering Putus Cinta

Orang cantik mesti ramai yang minat!

Selebriti Wed, 22 Apr 2020
Featured Thu, 11 Nov 2021
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Rehat Mengacara Sepanjang Ramadan, Jihan Muse Fokus Berniaga Pes

Buat pertama kali, Jihan akan membuka booth di Select Fest di Singapura pada 17-19 Mei ini!

| Live TV