Hiburan By: SGMS Enal July 29, 2018 @ 10:21am

Rita Rudaini Terima Ajakan Keluar Dengan Lelaki Muda

Pelakon Rita Rudaini mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi yang mahu melamar untuk pasangan hidup.

Menurut Rita, mesej yang diterima itu adalah dikalangan lelaki muda yang mahu mengajaknya keluar dan melamarnya sebagai isteri.

“Saya sebenarnya terkejut juga apabila pandangan saya mengenai perkahwinan dengan lelaki jauh lebih muda menyebabkan ramai menghantar DM di Instagram. Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar. Malah ada yang memberitahu nak menjadikan saya sebagai isteri,” katanya 

Namun Rita memberitahu, dia tidak melayan mesej-mesej tersebut kerana tidak berminat untuk menjalin hubungan cinta buat masa ini dan lebih selesa dengan kehidupannya sekarang.

“Ada rakan-rakan nak kenalkan saya dengan lelaki pun saya tidak mahu. Hendak mencari pun saya sibuk dengan aktiviti harian. Nak kata sunyi tidak juga kerana saya selesa dengan kehidupan sekarang yang bebas masalah rumah tangga,” katanya.

Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Saya Boleh Terima Teguran Tapi Bukan Cacian – Sharifah Amani

Kita akan lebih jauh hati kalau dicaci dari dibantu, betul kan?

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Kalau Jumpa, Tolong Beritahu Saya!

Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat…Amin!

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Kenapa Nana Berminat Cari Protege Bujang?

Jika dia bagus dan boleh memberikan sepenuh komitmen, kenapa tidak? Sebagai penyanyi yang memulakan kerjaya sejak sekolah lagi, saya sudah melalui banyak peralihan.

Events Tue, 28 Jan 2020

[VIDEO] Ini Hadiah Faizal Tahir Buat Apex Tajudin

Wah! Boleh tahan juga Apex ni!

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

‘Tak Mungkin Anak Saya Selfie Ketika Majlis Pengebumian’ – Ibu Zahirah

Sebagai ibu, beliau percaya Zahirah sudah cukup dewasa untuk melakukan sesuatu terutama di khalayak ramai. Maslinda turut menyerahkan segala keputusan melibatkan soal pilihan hidup kepada Zahirah dan enggan mengulas lanjut mengenai punca hubungan anaknya dengan Zul berakhir.

Featured Sat, 12 Nov 2022

Iron Baju Umrah Ibu, Aksi Anak Wan Maimunah Undang Sebak Warganet

Pelakon terkenal Malaysia , Wan Maimunah yang akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi telah meraih perhatian warganet di media sosial. @aidahshermerican Semoga dipermudahkan urusan Ibu Dunia Akhirat… Salam rindu kami buat Rasulullah SAW. #wanmaimunah […]