Featured By: Salma Syahbuddin March 5, 2022 @ 12:33pm

Rizman Ruzaini Cabar Kreativiti Members, Nabila Razali Pun Ada? Meriahnya Master In The House Kali Ini

Pastinya banyak pengalaman yang telah ditimba oleh lima members dalam Master In The House Malaysia sepanjang lapan minggu ini.

Dan, kali ini semestinya tugasan yang bakal dihadapi members amat sukar dan mencabar apatah lagi members akan ditemani oleh pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Master In The House Malaysia (@masterinthehousemy)

Dalam episod kali ini, Rizman Ruzaini akan mencabar setiap members untuk menjadi penggaya fesyen berdasarkan citarasa dan cara mereka sendiri tetapi adakah ia sesuai mengikut karakter dan mengikut peredaran masa kini? 

Selain memberi tugasan berat, Rizman Ruzaini turut berkongsi pengalaman mereka berdua dalam membina jenama sendiri dalam industri  sehingga ia dikenali ramai.

Bukan itu sahaja, members juga diberikan peluang eksklusif dan ganjaran istimewa dari pereka fesyen duo ini. Nak tahu apa dia, kenalah tunggu okay!

Sementara itu, penampilan pelakon dan penyanyi, Nabila Razali sebagai tetamu jemputan juga pastinya yang paling ditunggu-tunggu peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Nantikan kejutan demi kejutan yang akan ditampilkan nanti. Kita tunggu dan lihat gelagat lucu kelima-lima members dalam Master In The House Malaysia malam ini, 5 Mac, pukul 10.00 malam hanya di TV3.

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Feb 2020
Events Wed, 25 Sep 2019
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Awin “Queen Control?” Izzue Islam Tidak Kisah

Bagi Izzue, beliau akan berkongsi setiap perkara bersama isterinya kerana mahu bersikap jujur. Bukan kerana terpaksa atau takut kepada isteri

error: Content is protected !!