RM26,000 Lesap! Puteri Sarah Ditipu Pegawai Pemasaran… Minta Individu Segera Pulangkan Wang Sebelum Lapor Polis – “Kerja Tak Buat, Tapi Caj 45% Dari Untung!”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana memaklumkan dirinya diperdaya oleh seorang pegawai pemasaran yang mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan perniagaan diperolehnya.

Jelas Puteri Sarah, dia mengupah individu berkenaan sejak Oktober tahun lalu untuk mengendalikan pemaran produknya namun kerja yang dilakukan itu tidak mencapai standard ditetapkan.

“Saya tak berapa namaak apa yang dia buat sebenarnya. Kemudian dia caj saya sebanyak 45 peratus daripada keuntungan untuk pemasaran.

“Dia juga ada pegang wang tunai dekat satu acara lain sebelum terus ambil RM26,000 tanpa masuk ke dalam akaun terlebih dahulu.

“Kerja satu apa pun tak buat, tiba-tiba kata duit itu gaji dia,” katanya dalam siaran langsung yang disunting di aplikasi TikTok.

Lebih parah, aktres drama rantaian Suri Hati ini meluahkan rasa tidak puas hati apabila individu tersebut tidak mengotakan janji dalam menjalankan tugasnya untuk menjadi ejen dan stokis bagi produknya.

Puteri Sarah menegaskan individu tersebut bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya dia tidak memulakangkan semula wang tersebut.

“Dia nak jadi rakan kongsi tapi tak nak keluar modal. Kalau nak jadi rakan perniagaan, kena bagi duit.

“Kalau saya tak dapat balik duit tu, memang saya nak buat laporan polis. Saya tak kisah nak ambil 45 peratus ke apa, saya dah reda tapi yang salah tu kira gaji, saya harap dapat duit saya kembali,” tegasnya.

@_norainibasre_

#maajunnenda #arasyimalaysia #arasyidharman #puterisarahliyana #norainibasre #norainibasreshop #binafshasweet

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Puteri Sarah menjalankan pernigaan produk penjagaan kulit dan tudung bersama rakan perniagaan, aktor terkenal Indonesia Andi Arsyil.

Artikel Berkaitan: Tunjuk Koleksi Tudung, Cincin Di Jari Manis Puteri Sarah Pula Curi Perhatian… Netizen Dakwa Hadiah Dari Teman Istimewa? – “Dah Kena Lamar Ke?”

Artikel Berkaitan: Tunjuk Koleksi Tudung, Cincin Di Jari Manis Puteri Sarah Pula Curi Perhatian… Netizen Dakwa Hadiah Dari Teman Istimewa? – “Dah Kena Lamar Ke?”

Artikel Berkaitan: “Takkan Saya Letak Kepala Di Bahu Lelaki Bukan Mahram” – Puteri Sarah Perjelas Isu Video Menangis Tular

Aqilah Paharuzi